Selama tiga tahun wanita ini sanggup bangun awal pagi ‘makeup’, sorok rahsia dari suami

Selama tiga tahun wanita ini sanggup bangun awal pagi ‘makeup’, sorok rahsia dari suami

Wanita di Jakarta sanggup mengenakan solekan tebal selama hampir tiga tahun kerana mahu sentiasa kelihatan cantik di depan suaminya.

Menerusi video TikTok, dia yang dikenali sebagai Christie mengaku memperdaya suaminya kerana tidak ingin lelaki itu melihat wajah asli dirinya ketika bangun tidur.

@biduto1542347

The secret I’ve been hiding from my husband…

♬ original sound – Christxiee

“Selama ini suami saya menyangka saya langsung tidak menggunakan sebarang alat solek. Padahal sejak tiga tahun lalu, saya sanggup bangun awal subuh untuk berdandan dan tidur semula,” jelasnya di video Tiktok.

Helah solekan Christie tidak keterlaluan dan dia tidak menggunakan produk pembayang mata atau glitter tetapi solekannya mampu memberikan kesan wajah yang segar dan natural.

Christie menggunakan kontur di beberapa kawasan selain concealer atau penutup cela di bawah mata supaya wajahnya tidak kelihatan letih atau kurang tidur.

“Bagi memberikan kesan mata yang lebih menawan, saya juga menggunakan maskara untuk menjadikan bulu mata lentik secara realistik.

“Selebihnya, saya hanya menyikat kening menggunakan produk gel kening, maskara coklat dan gincu merah jambu semulajadi,” jelasnya.

Sebilangan netizen memberikan banyak komen prihatin terhadap tindakan Christie, malah ramai memuji kecantikan semula jadi dimilikinya dan menasihatkan wanita itu berhenti bangun pada waktu subuh untuk bersolek.

Sumber

Baca : ”Dengan berpakaian agak comot, dia terus menangis walaupun saya cuba pujuk dia di balik pintu besi berkunci”

Leave a Comment