Selamat Tinggal Anjing, Polis Sekarang Menggunakan Tupai Untuk Mengesan Dadah
Memiliki kelebihan deria bau yang kuat, haiwan seperti anjing dilihat sering digunakan oleh pihak berkuasa untuk membantu dalam operasi mengesan bahan terlarang seperti dadah.
Bagaimanapun baru-baru ini, polis di bandar Chongqing, China mula menggunakan tupai yang dilatih secara khusus untuk memerangi jenayah pengedaran dadah.
Menurut salah seorang jurulatih, Yin Jin, pemilihan tupai sebagai haiwan alternatif untuk mengesan kewujudan dadah kerana memiliki deria bau yang kuat.
“Fizikal mereka yang kecil juga dapat memudahkan lagi usaha untuk menghidu bau dadah tersembunyi di dalam bungkusan atau celah ruangan padat.
“Tupai memiliki deria bau yang kuat sehingga membolehkan mereka untuk menghidu kacang dan makanan lain yang sudah tertanam beberapa bulan sebelum ini atau di bwah timbunan salji setebal 0.3048 meter,” jelas Yin.
Dalam pada itu, pemilihan saiz kira-kira 21 sentimeter (cm) panjang dan berat sekitar 330 miligram (gm) dapat membantu mereka berpindah ke ruang kecil yang sebelum mungkin agak sukar untuk lakukan oleh anjing.
Pemilihan haiwan itu turut didorong apabila tupai tidak tergolongan dalam kategori haiwan terancam dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa Pemulihan Alam Semula Jadi (IUCN).
Sebelum ini Suruhanjaya Kawalan Narkotik China berjaya menangkap 60,000 individu terlibat dalam jenayah pegedaran, penyeludupan dan penghantaran dadah menerusi 41,000 kes pada 2021.
Untuk rekod, kajian dan penyelidikan terhadap pembangunan kaedah baharu itu mula dilakukan oleh negara Republik tersebut pada 2018.
Selain tupai, beberapa haiwan lain pernah digunakan bagi membantu mengesan dadah, antaranya babi dan lebah di Amerika Syarikat; musang atau luwak (Sri Lanka) dan tikus (Belanda).