Selamba hamun cikgu sekolah sendiri sebab tak bagi pakai baju sukan ketika puasa

Selamba hamun cikgu sekolah sendiri sebab tak bagi pakai baju sukan ketika puasa

Menerusi video yang tular beberapa hari kebelakangan ini, terdapat seorang pelajar perempuan yang meluahkan rasa geram apabila peraturan sekolahnya tidak membenarkan pelajar menggunakan baju sukan sewaktu bulan puasa.

“Kepada cikgu-cikgu di luar sana, salah ke kitorang pakai baju PJ semasa bulan puasa? Salah ke? Tak pernah lagi aku dengar ustaz-ustaz di media sosial, ustaz-ustaz kat sekolah ke cakap memakai baju PJ semasa bulan puasa adalah membatalkan puasa. Tak pernah lagi aku dengar. Murid-murid dilarang memakai baju PJ semasa di bulan puasa ya, terima kasih. Hotak kau!

“Kau tau tak kitorang ni tak dan basuh. Kau takpe la pakai baju lain-lain hari, lain-lain baju. Kitorang ni pakai baju sama setiap minggu satu bulan. Kitorang tak dan basuh. Baju pun dua helai je,” katanya.
“Selalu dengar luahan cikgu, kalini luahan murid pula”

Dia juga meluahkan rasa tidap puas hati terpaksa berdiri lama dengan memakai pakaian uniform sekolah sewaktu perhimpunan dengan cuaca kurang menentu. Menurutnya, perkara tersebut membuatkan para pelajar kurang selesa.

“Dah la sekolah aku dia buat perhimpunan setiap hari, setiap hari pun macam hari Isnin. Lama nak mampos. Kalau boleh tu, kena habis satu pelajaran dulu, baru kitorang masuk ke kelas. Berdiri tercangak kat situ dengan hujan tak boleh duduk dan kau pernah tanya ke kitorang kenapa murid-murid kena pakai baju PJ. Selalu dengar luahan daripada cikgu je kan? Ni dengar luahan daripada student pulak,” katanya.

Luahnya lagi, perhimpunan yang diadakan setiap hari mengambil masa yang sangat lama memandangkan cuaca yang tidak menentu. Hal itu menyebabkan dia berasa tidak selesa jika berpakaian dengan baju uniform.

“Dah la sekolah aku dia buat perhimpunan setiap hari, setiap hari pun macam hari Isnin. Lama nak mampos. Kalau boleh tu, kena habis satu pelajaran dulu, baru kitorang masuk ke kelas. Berdiri tercangak kat situ dengan hujan tak boleh duduk dan kau pernah tanya ke kitorang kenapa murid-murid kena pakai baju PJ. Selalu dengar luahan daripada cikgu je kan? Ni dengar luahan daripada student pulak,” katanya.

Rungutan pelajar ini dikecam netizen. Netizen berpendapat pelajar ini bersikap biadap kerana menghentam guru secara terbuka di media sosial. Sedangkan hal yang dibangkitkannya itu adalah masalah kecil yang boleh diselesaikan dengan mudah tanpa perlu menghentam guru dan sekolah.

Sumber

Baca : Galeri warisan bakal menerima 41 rangka manusia Guar Kepah selepas 150 tahun oleh Belanda

Leave a Comment