Selamba makan hati ayam mentah-mentah, orang ramai syak perempuan ini ada ‘sesuatu’
Terbaharu, seorang wanita menjadi perhatian warga maya gara-gara selamba meratah hati ayam mentah dan video yang dikongsikan di laman sosial menjadi tular.
Menerusi video yang dirakam sen diri itu, dia menjelaskan bahawa bahagian organ dalaman haiwan itu merupakan makanan kegemarannya.
Dalam pada itu, dia turut bertanya sekiranya ada individu yang mempunyai selera sama seperti dirinya.
“Favourite gila. Ada geng tak?” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam video tersebut, wanita ini dilihat sedang makan seketul hati ayam mentah bersaiz besar yang diletakkan dalam mangkuk kaca.
Malah, organ tersebut masih lagi dalam keadaan berdarah sewaktu ia dicucuk dengan garfu dan disuapkan ke dalam mulut.
Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang pelbagai reaksi kerana rata-rata berpandangan dia makan sesuatu yang kotor malah ada yang mengaitkan dirinya dengan perkara mistik.
“Ada bela saka ke?
“Kalau suka makan mentah terutamanya ayam ni ada pendamping.
“Selalunya, kalau kerap suka makan benda berdarah ni ada yang ‘menumpang’ dalam badan,” demikian antara komen netizen.
Mengakui makanan itu sedap, dari reaksi wajah wanita wanita berkenaan juga menampakkan dia sangat berselera menikmati hidangan kegemarannya itu.
“Serius tak tipu, memang shedap (sedap),” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai loya tekak dan risau wanita berkenaan terkena keracunan makanan.
Hukum mengenai makan daging atau ikan mentah telah dijawab oleh Mufti melalui portal rasmi mereka.
Dalam hal makan ikan mentah telah mati atau daging mentah yang disembelih secara syarak, tidak terdapat dalil khusus yang menyatakan akan pengharamannya.
Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, Imam al-Nawawi menjelaskan dalam satu permasalahan berkenaan hukum makan daging mentah, beliau menyatakan hukumnya adalah harus.
Pandangan ini juga sama menurut mazhab Maliki dan pandangan muktamad mazhab Hambali.
Meskipun begitu, keharusan memakannya adalah selama mana ia tidak membawa kepada kerosakan ataupun kemudaratan ke atas tubuh ataupun akal.
Ada pun sekiranya ia berisiko mendatangkan mudarat pada diri, maka ia tidak dibenarkan dan hukumnya boleh berubah kepada haram.