Selamba tekup muka isteri dengan bantal siap pergi kerja lagi buat macam tak ada apa apa

Selamba tekup muka isteri dengan bantal, siap pergi kerja lagi buat macam tak ada apa-apa

Seorang lelaki berusia 26 tahun di India tergamak membunuh dengan menekup wajah isterinya hingga lemas kerana gara-gara mencurigai wanita itu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Suspek, Prabhunath Vishwakarma melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu pada waktu pagi pada 13 Mac lalu di Nalasopara di daerah Palghar. Lebih mengejutkan apabila suspek kemudian dengan selambanya pergi ke tempat kerja seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Namun pada waktu petang pada hari yang sama, suspek telah datang ke balai polis bagi menyerah diri. Menurut sumber, suspek disyaki menekup wajah isterinya ketika tidur menggunakan bantal sehingga wanita itu mati kelemasan.

Suspek membunuh mangsa kerana meragui karakter isterinya. Selepas membunuh isterinya, dia sempat bekerja seperti biasa sebelum datang menyerah diri pada sebelah petang.

Menurut seorang pegawai polis di Balai Polis Palghar, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.

Sumber

Baca : Sadis! Cctv merakam kejadian budak berusia 5 tahun maut diserang anjing liar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *