Selamba wanita ini menikmati makanan yang pelik, hanya berbekalkan salad dan udang yang ‘segar’

Selamba wanita ini menikmati makanan yang pelik, hanya berbekalkan salad dan udang yang ‘segar’

Makanan Thailand merupakan salah satu hidangan yang paling unik di Asia Tenggara. Makanan Thailand juga menggabungkan berbagai rasa dalam setiap hidangan sehingga menjadi kegemaran setiap pelancong yang datang ke negara itu.

Bagaimanapun, ada sesetengah menu yang membuatkan ramai tak berani untuk mencubanya kerana mungkin berbeza dengan budaya kita, misalnya macam satu video yang tengah viral ini.

Satu video dari TikTok tular menunjukkan ada individu menikmati satu makanan street food yang tengah popular di negara itu, iaitu menu salad bersertakan udang kecil.

Apa yang menjadi tumpuan adalah udang tersebut bukan sahaja dimakan mentah-mentah, ianya masih hidup lagi! Dapat dilihat peniaga ceduk udang tersebut dari dalam akuarium dan terus diletakkan ke dalam bungkusan makanan.

Malah, pelanggan tersebut menikmati udang yang telah dicampur dengan bahan-bahan salad itu secara hidup-hidup.

Bagaimanapun, ia mengundang rasa keraguan netizen kerana udang itu dimakan secara hidup-hidup. Bahkan, ada yang kembang tekak apabila melihatnya serta ada yang pernah mengalami sakit perut selepas memakan menu ini.

Namun begitu, ada juga yang mempersoalkan tahap kebersihan makanan itu, kerana udang tersebut diambil dari aquarium tanpa perlu membasuhnya dahulu, ada netizen perhatikan air akuarium itu keruh.

Sumber

Baca : Macam cara zaman dulu-dulu, wanita ini sah menjadi isteri orang selepas tamat menduduki SPM

Leave a Comment