
Selambe Je Suami Kritik Masakan Fatin Afeefa Masa Live - ’Masa Bercinta Lain Dah Kahwin Lain’
Selambe Je Suami Kritik Masakan Fatin Afeefa Masa Live – ’Masa Bercinta Lain Dah Kahwin Lain’
Tular baru-baru ini, menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @cik_bungaaaa di laman TikToknya, kelihatan Fatin Afeefa sedang memasak untuk suaminya sambil membuat siaran secara langsung bersama pengikutnya di aplikasi tersebut.
Menerusi video tersebut, Fatin menyediakan nasi goreng dan ayam masak merah buat suaminya serta meminta untuk mengulas mengenai hidangan tersebut.

Pada mulanya Aliff Awang mengatakan masakan Fatin Afeefa itu memang amat sedap, namun setelah Fatin mahu pandangan yang jujur, suaminya terus beri komen jujur.
“Tengok dia komen masak nasi goreng.” Kata Fatin Afeefa.
“Sayang sedap giler ni.” Kata Aliff.
“Ikhlas ke tak ikhlas tu, cuba ayam pula.” Balas Fatin Afeefa.
Aliff Awang kemudian telah memberi pandangan secara jujurnya.
“Sedikit masin, berbanding masa waktu sedang couple dulu.”
Fatin Afeefa pula menjawab dia masak termasin sebab gementar kerana buat live untuk masak.
“Masa couple tu tak buat live masak untuk you. Ni pasal buat live I jadi nervous.” Kata Fatin.
Aliff Awang kemudian makan ayam yang dimasak oleh Fatin, dan memberi satu lagi komen jujur.
“Alamak dia nak komplen lagi, noo.” Kata Fatin Afeefa.
“Yang ni manis, manis sangat. Tak cukup pedas tak pedas langsung.” Katanya lagi.
Ternyata suami Fatin Afeefa ini amat jujur memberi komennya walaupun ketika itu sedang live.
Tetapi melihat reaksi dari orang ramai, rata-rata memuji effort dari Fatin Afeefa yang memasak untuk suami dan mengatakan sikap jujur dari Aliff Awang itu memang bagus kerana isteri akan dapat masak dengan lebih baik dan lagi sedap di masa akan datang.
Gadis Redha Ibu Sendiri ‘Sailang’ Kekasihnya Jadikan Suami