TerasMalaysia

Selebriti bujang menyalahi undang-undang, ambil anak angkat perempuan guna nama orang lain

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Selebriti bujang menyalahi undang-undang, ambil anak angkat perempuan guna nama orang lain.

Seorang selebriti lelaki bujang didakwa menyalahi undang-undang kerana yang mengambil anak angkat perempuan sekaligus mencetuskan persoalan.

Memetik Harian Metro, Pengasas dan pengerusi Persatuan Kebajikan Anak Kami, Siti Nursuraya Ali berkata pihaknya sudah beberapa kali membuat laporan berhubung perkara itu.

“Undang-undang Malaysia tidak membenarkan perkara itu atas faktor keselamatan. Jadi macam mana kanak-kanak perempuan itu boleh berada dalam jagaan selebriti bujang ini? Siapa yang benarkan? Dia melalui proses apa?

“Saya sendiri pernah membuat beberapa laporan kepada Bahagian Kanak-Kanak di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Adakah mereka terlepas pandang? Ataupun selebriti ini mengambil anak angkat orang lain? Anak itu didaftarkan kepada ibu angkat lain? tetapi yang si bujang ni mengaku anak dia?,” katanya.

Selebriti bujang menyalahi undang-undang, ambil anak angkat perempuan guna nama orang lain

Dalam pada itu, Siti Nursuraya mendedahkan ada juga selebriti yang menggunakan anak angkat mereka sebagai konten untuk meraih populariti semata-mata.

“Ada kes yang saya dapat tahu anak dia diambil semula oleh JKM sebab walaupun dia dah berkahwin tapi dia guna anak itu untuk raih populariti di media sosial. Kami buat laporan memang terbukti,” katanya.

BACA:
“Assalamualaikum semua” – Tangkap layar status dimuat naik View Chin dalam facebook jadi tanda tanya
Wanita alami penyakit misteri lepas hilang seluar dalam, kerap mimpi diri dipuja dan kulit terasa sakit bila disentuh
Petua sekadar petua, lelaki dikejarkan ke hospital lepas menikmati hidangan nasi kandar, tercekik ‘sesuatu’ ketika jamu selera

Leave a Comment