Selebriti jelita merangkap isteri orang jatuh hati dengan duda jutawan, tunggu masa dilepaskan akibat masalah rumah tangga.
SEORANG selebriti jelita yang dikatakan berada dalam dilema dengan ikatan perkahwinan toksik sebenarnya sudah diintai seorang ahli perniagaan bergelar jutawan.
Walaupun ikatan perkahwinan ibarat seorang ke hulu, seorang ke hilir, tetapi di hadapan umum mereka tetap seperti pasangan suami isteri lain dan mendakwa masih bahagia.
Cuma sumber terdekat mendedahkan, artis wanita itu sudah tidak mampu menipu diri sendiri apatah lagi ada lelaki kaya menunggu.
Dengar, semua itu bukan disebabkan oleh lelaki berstatus duda yang kaya-raya, tetapi keikhlasan hatinya membuatkan si artis wanita terbabit nekad mahu meleraikan ikatan perkahwinannya.

Sengaja identiti dan punca keberantakan perkahwinan mereka dirahsiakan dulu, aib orang kena jaga.
Selebriti itu pandai menjaga diri. Tak pernah dia keluar bersama duda terbabit kerana sedar masih isteri orang.