TerasMalaysia

Selepas dikecam hebat dengan netizen, akhirnya Fatin Pauzi buat permohonan maaf

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Selepas dikecam hebat dengan netizen, akhirnya Fatin Pauzi buat permohonan maaf. Wanita yang dikecam baru-baru ini kerana didakwa memuat naik content di media sosial serta Telegram yang berunsur lucah tampil membuat permohonan maaf.

Menerusi kenyataan di Facebook, wanita itu meminta maaf kerana pandangannya telah menimbulkan kekecohan dan ketidakselesaan ramai.

Dia turut berkata apa yang berlaku ini merupakan pengajaran buatnya dan mengakui apa yang dikatakan tiada kena mengena dengan mana-mana guru.

Apa yang telah saya lontarkan sama ada dalam Facebook mahu pun grup adalah pendapat dan pandangan saya sendiri yang tidak bersangkut paut dengan madrasah atau mana-mana guru saya.”

Terdahulu, wanita itu yang aktif membuat content di Facebook dan TikTok tentang peranan seorang isteri dalam rumah tangga meraih perhatian.

Selepas dikecam hebat netizen, akhirnya Fatin Pauzi buat permohonan maaf

Dia dilihat sering membicarakan dan bercakap tentang soal nafkah batin dan grup Telegram yang diciptanya itu menjadi tempat untuk suami isteri meluahkan masalah membabitkan hubungan intim.

Rupa-rupanya perbualan ahli grup Telegram itu terlalu terbuka sehingga mereka membincangkan tentang apa yang berlaku ‘dalam kelambu’ tanpa sebarang tapisan.

Sementara itu, pendakwah bebas PU Syed menggesa agar pihak berkuasa agama mengambil tindakan sepatutunya dengan segera terhadap kumpulan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar juga turut meminta JAKIM untuk membuat laporan kepada SKMM berhubung kewujudan kumpulan Telegram berkenaan.

BACA:

’Influencer’ ini sanggup habis berpuluh ribu buat pembedahan plastik mata seperti kucing

Tak sangka! Cara ini berkesan mengurangkn haba panas yang terperap, guna aluminium foil je

Terlalu terbuka dan memburukkan imej Islam, Fatin Fauzi bakal berdepan dengan JAKIM

Leave a Comment