TerasMalaysia

Semacam Punya Seronok Bila Jumpa Kucing, Perangai Gadis Ini Dirakam Kawannya

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Semacam Punya Seronok Bila Jumpa Kucing, Gaya Gadis Ini Dirakam Kawannya

Siapa boleh tahan dengan wajah kucing yang comel? Walaupun mempunyai perangai yang agak degil serta tidak menurut kata malahan lebih gemar membuat hal sendiri, kucing adalah binatang peliharaan yang cukup disayangi di seluruh dunia.

Tular baru-baru ini, satu video memaparkan berkenaan gelagat seorang remaja perempuan yang teruja ketika terjumpa seekor kucing telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @aryrhighnss di TikTok, gelagat lucu seorang remaja perempuan ketika terjumpa seekor kucing berjaya dirakam oleh rakan-rakannya.

Katanya, begitulah perangai rakannya itu setiap kali apabila bertemu kucing jalanan di kolej mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat comel remaja itu.

Sumber

“Nak Sangat Rasa ‘Aiskrim’ Kan..” , Gelagat 3 Beradik Ini Mencuit Hati Netizen

Leave a Comment