TerasMalaysia

Senyum lebar ‘senior’ dan ‘junior’ yang bekerja disyarikat ini bila dihadiahkan bonus bernilai RM2juta

Senyum lebar ‘senior’ dan ‘junior’ yang bekerja disyarikat ini bila dihadiahkan bonus bernilai RM2juta

Kakitangan Evergreen Marine, syarikat perkapalan dari Taiwan telah menerima durian runtuh apabila mendapat bonus akhir tahun sebanyak 50 bulan gaji.

Tetapi saiz durian runtuh berbeza-beza bergantung pada gred kerja serta fungsi pekerja dan hanya terpakai untuk kakitangan dengan kontrak yang berpangkalan di Taiwan.

Pemberian Evergreen Marine adalah hasil daripada lonjakan permintaan yang didorong oleh pandemik untuk barangan pengguna dan kadar tambang. Hasil 2022 syarikat itu dijangka melonjak kepada rekod AS$20.7 bilion (RM8.9 bilion), melebihi tiga kali ganda berbanding tahun 2020.

Meskipun berhadapan situasi sukar apabila kapal kendaliannya tersangkut di Suez Canal pada awal 2021, kini kakitangannya boleh bersorak gembira dengan bonus sehingga 52 bulan gaji. Beberapa pekerja telah pun menerima bayaran lebih daripada $65,000 (RM280,800) pada 30 Disember.

Walau bagaimanapun, tidak semua kakitangan Evergreen Marine begitu bertuah kerana pekerjanya yang berpangkalan di Shanghai mengadu mengenai layanan tidak adil selepas mereka hanya mendapat bonus antara lima dan lapan kali ganda gaji bulanan mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, syarikat perkapalan itu memberi amaran pertumbuhan global semakin lemah digabungkan dengan kadar tambang yang menurun mungkin menjejaskan keuntungan tahun ini. Saham Evergreen Marine jatuh 54 peratus tahun lepas selepas kenaikan 250 peratus pada 2021.

Sumber

Baca : Jejaka berbaju kemeja biru gelap kantoi tukar kod QR bank amal disebuah masjid kepada miliknya

Leave a Comment