TerasMalaysia

Seorang Anggota Sanggup ‘Cuci Tangan’ Lepas Dapat Tawaran Kerja Lebih Lumayan Dari Sebelumnya

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Seorang Anggota Sanggup ‘Cuci Tangan’ Lepas Dapat Tawaran Kerja Lebih Lumayan Dari Sebelumnya

Sudah menjelang tahun 2023, tidak kiralah wanita mahupun lelaki kini bebas bekerja sebagai apa sahaja yang mereka mahu tanpa memikirkan ‘stereotype’ pekerjaan yang sesuai untuk jantina masing-masing.

Sama seperti kisah hebat seorang wanita ini yang merupakan bekas anggota polis kini telah pun bekerja sebagai pengawal peribadi kepada seorang ahli perniagaan.

Wanita yang bernama Ameyza Yaacob, 35, dia tidak pernah menyesali keputusannya untuk menjadi ‘bodyguard’ walaupun telah mendapat banyak tentangan daripada pelbagai pihak sebelumnya.

@amiey_daisya

Replying to @mantappakabu08 Nope.. sy x pernah menyesal dgn keputusan saya.. 😊

♬ original sound – Amiey_yaacob – Amiey_yaacob

“Saya kerja dalam kerajaan selama lima tahun. Saya resign Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2019. Sebabnya, saya dapat better offer daripada syarikat swasta.

“Masa tu saya ambil masa dekat setahun untuk resign. Saya berfikir dalam tempoh setahun. Saya tanya orang lama dekat unit saya, kemudian saya juga berbincang dengan keluarga.

“Awalnya keluarga pun tak bagi saya resign, sebab dah kerja kerajaan tiba-tiba nak kerja swasta. Mereka berat hati. Tapi saya jelaskan sebab saya. Akhirnya mereka bagi green light,” terangnya.

Dia yang mahu dikenali sebagai Aimey ini mengakui bahawa hidupnya kini lebih terjamin, dan turut bersyukur kerana dapat berbakti terhadap keluarganya yang menetap di Kelantan.

Dikatakan, dia sentiasa percaya dengan takdir Allah dan yakin bahawa rezeki itu ada di mana-mana, asalkan ianya disertai dengan usaha serta kerja kerasnya.

Dalam pada masa yang sama, Ameyza juga tidak mengambil peduli akan tanggapan buruk masyarakat disebabkan oleh tindakannya.

Sumber

Baca : Setelah Lebih 10 Tahun, Akhirnya Orang Yang Menolong Arwah Achik Spin Semasa Kemalangan Tampil ‘Tunjuk Muka’

Leave a Comment