TerasMalaysia

Seorang Lelaki Cedera Akibat Ditetak Dalam Pergaduhan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Follow TERASMALAYSIA

Seorang Lelaki Cedera Akibat Ditetak Dalam Pergaduhan

Seorang pekerja pasaraya mengalami kecederaan di bahagian tangan, kepala dan kaki selepas ditetak dengan senjata tajam oleh dua lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian di hadapan sebuah pasar raya di Taman Serai Wangi, Padang Serai, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 10.10 malam daripada seorang pengadu mengatakan berlaku satu pergaduhan dan seorang lelaki cedera ditetak.

“Mangsa yang berlumuran darah akibat kecederaan yang dialaminya kemudian dibawa ke wad kecemasan Hospital Kulim dengan ambulans.

“Hasil siasatan mendapati mangsa yang juga pekerja di pasar raya tersebut berusia lingkungan 50-an dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mohd. Redzuan, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan lanjut di wad hospital berkenaan.

Katanya, polis masih menyiasat punca sebenar kejadian dan sedang memburu kedua-dua suspek terbabit manakala kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tetak itu boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di talian 013-435 8399.

Bomba Perlukan 10 Minit Untuk Keluarkan Cincin Tersangkut Di Kemaluan Warga Emas

Leave a Comment