Seorang wanita dedah cara dan modus operandi yang digunakan ‘founder’ untuk jadi cepat jadi kaya
Produk kosmetik tempatan di Malaysia bagai cendawan tumbuh selepas hujan, dapat dilihat pelbagai jenama yang dijual pada harga yang boleh dikatakan agak mahal.
Jangan terkejut pula, di Malaysia terdapat satu kilang untuk anda hasilkan kosmetik anda sendiri dan ramai sebenar pengasas kosmetik tempatan yang juga buat jenama disana.
Seorang wanita yang mendakwa dirinya pernah terjebak sebagai pengasas bisnes produk kecantikan tampil mendedahkan bagaimana golongan founder produk timbang kilo ini mampu mencapai kekayaan dalam tempoh yang singkat.
1. Geng Founder
Menurut wanita itu yang dikenali sebagai Emma Harshaw Fx di Facebook, dia berkongsi pengalaman melakukan bisnes tersebut bermula daripada ajakan daripada komuniti pengasas produk yang berpusat di negeri Pantai Timur atas sebab dirinya ada rupa dan boleh berjaya.
2. Supplier
Pengasas mendapatkan supplier daripada kilang kosmetik OEM bertaraf GMP yang terletak di Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor. Ujarnya, ada juga yang mencadangkan mengambil supplier daripada kilang di Thailand kerana ia jauh lebih murah.
3. Perbincangan
Senarai jenis, bentuk dan bau boleh ditentukan founder sendiri. Katanya, minimum order quantity (MOQ) adalah sebanyak 500 unit di mana satu unit jatuh kos RM10.80.
Dia mendakwa boleh menjual secara runcit pada harga RM30 dan kilang sendiri akan menguruskan untuk mendapatkan NOT KKM.
4. Modal
Emma mengatakan dia membuat pinjaman sebanyak RM40,000 dan duit simpanan sebanyak RM10,000 untuk kos produk awal dan kos marketing termasuk sewa kereta, rumah dan pengiklanan di media sosial.
5. Database
Katanya, golongan founder ini akan berkongsi database ejen berserta bayaran yang bernaung bawah mereka.
“Jadi jangan terkejut kalau anda jadi stokis untuk produk A, tiba-tiba dapat jemputan jual produk B pulak. Cuma stokis ni satu sahaja mindset dia iaitu jual produk baru. Jadi yang terawal jual cepat-cepat. Lepas tu cari produk lain,” tulisnya.
6. Marketing
Golongan founder ini akan beri pinjam kereta mewah mereka kepada founder baharu sebagai tujuan marketing. Jadinya, perjanjian akan dibuat antara dua pihak untuk bertukar nama sementara termasuk nombor plat.
“Cuma mereka nak komisen daripada jumlah keuntungan untuk sepanjang tempoh ‘sewaan’ tu.”
Tambahnya lagi, founder yang berjaya akan membeli terus kereta terbabit kerana tidak mahu dicop sebagai scammer
Selain kereta, founder juga ada buat sewaan rumah mewah untuk tujuan marketing sahaja. Mereka akan mengambil beribu gambar dalam beberapa hari dengan baju yang berbeza.
7. Jualan
Dia mendakwa mendapat keuntungan yang agak tinggi dalam masa seminggu sahaja. Ujarnya, mereka yang mengambil supplier di kilang Thailand lebih cepat menjadi jutawan dalam masa yang singkat.
“Mula dengan penipuan, tutup penipuan dengan penipuan juga”
Pun begitu, dia memilih untuk berhenti daripada meneruskan bisnes produk kecantikan ini kerana rasa bersalah kerana banyak penipuan yang dilakukan sejak awal.
Antara penipuan yang diajar oleh geng founder:
- Flex miliki kereta mewah dan rumah mewah.
- Overclaim dengan membuat review palsu bersama ejen dan founder lain.
- Banyak produk timbang kilo dipasaran dakwa lulus KKM padahal sebaliknya kerana apa yang dihantar dan dijual adalah lain.
Emma mengatakan founder yang kita lihat di Instagram dan TikTok mungkin bukan lagi acah-acah berbisnes kerana selepas berjaya, mereka akan beli rumah dan kereta mewah sendiri.
Ada yang sudah berjaya pusingan pertama menjual produk akan berhenti mengeluarkannya dan menggunakan modal tersebut untuk membuka restoran, kedai elektronik dan lain-lain.