Sepasang pelajar membatu lepas disergah dengan sekuriti, kantoi berduaan dalam tandas mall

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Sepasang pelajar membatu lepas disergah dengan sekuriti, kantoi berduaan dalam tandas mall. Sedang berdua-duaan dalam tandas sebuah pusat membeli-belah, sepasang remaja lelaki dan perempuan berdepan detik cuak apabila kebersamaan mereka diketahui umum. Menerusi video yang tular, seorang pengguna tandas memaklumkan hal itu kepada pengawal keselamatan untuk pemeriksaan segera.

2 pelajar iaitu lelaki & perempuan terdiam apabila pintu diketuk dari luar

Apabila pintu diketuk, mereka berdua yang mengunci pintu tandas hanya diam tanpa sebarang kata. Dari luar, jelas kelihatan bayang-bayang memang ada 2 orang dalam ruang berkenaan. Menurut laporan lanjut, dikatakan 2 pelajar berkenaan masih lengkap mengenakan uniform sekolah masing-masing ketika kejadian berlaku.

Dua pelajar masih memakain baju sekolah

Sepasang pelajar membatu lepas disergah dengan sekuriti, kantoi berduaan dalam tandas mall

Dalam satu berita lain yang dilaporkan, mereka didakwa melakukan perbuatan kurang sopan iaitu sedang berkucupan sesama sendiri dalam tandas. Tidak lama kemudian, mereka akhirnya mengalah dan keluar dari situ. Si perakam kemudiannya menyerahkan tindakan lanjut kepada pihak pengawal keselamatan sahaja.

Pihak tengah muncul beri klarifikasi?

Menerusi pendedahan lanjut orang tengah mereka, sebenarnya semua ini cuma salah faham. Pelajar lelaki itu sedang tunggu di luar namun tiba-tiba terdengar perempuan itu menangis di kawasan singki. Cuba masuk ke dalam untuk melihat apa yang terjadi, perempuan itu malah menjerit dan berlari masuk ke dalam salah satu tandas. Si lelaki yang ikut masuk ke sana mula panik setelah ada wanita lain mahu masuk ke situ. Maka mereka bertindak kurungkan diri bersama dan bercadang untuk segera keluar apabila tandas kembali kosong. Tanpa disangka, perbuatan berdua-duaan itu menyebabkan orang lain curiga.

BACA:
8 kesilapan yang dilakukan tanpa sedar dalam memberi nama kepada anak, ramai sambil lewa dan tak endah
Bayi 2 bulan alami pendarahan otak dan retak tulang belakang, berpunca dari kelalaian jururawat di sebuah hospital
“Aku seorang doktor di kawasan terpencil, hanya kerana satu kes, klinik aku dipenuhi 30 orang lelaki dalam satu hari”

Leave a Comment