Sepasang suami isteri hadiahkan anaknya yang berumur 5 tahun hadiah bernilai RM1.7juta sebuah

Sepasang suami isteri hadiahkan anaknya yang berumur 5 tahun hadiah bernilai RM1.7juta sebuah

Baru-baru ini, tular beberapa video di sekitar sambutan majlis ulang tahun kelahiran ke-5 anak kepada pengasas produk kosmetik Farhana Zahra di laman TikTok.

Mana tidaknya, hadiah yang diterima oleh kanak-kanak perempuan yang dikenali Nur Fatima Az Zahra sangatlah membuatkan ramai terkesima kerana tidak seperti budak seusia dengannya.

Farhana Zahra dan suaminya yang berusaha memenuhi hadiah permintaan anak mereka, Fatima sempena ulang tahun kelahirannya.

Selain diberikan sebagai hadiah hari jadi, permintaan itu juga ditunaikan oleh si ibu yang lebih mesra dipanggil Cik Na disebabkan anaknya enggan ke sekolah.

Sebelum ini, Cik Na pernah memuat naik video menunjukkan Fatima memberikan alasan tidak mahu ke sekolah kerana belum cukup umur.

Malah, si kecil itu juga dilihat berdepan kesukaran untuk pergi ke sekolah sehingga pernah berpura-pura tidak sihat.

“Hari tu alasan dia tak nak pergi sekolah sebab belum birthday dia jadi tak cukup lagi (usia) lima tahun.

“Sekarang dia minta saya kereta BMW dengan G Wagon pula baru nak pergi sekolah.

Namun, pada hari lahir anaknya, Cik Na membuat kejutan dengan menunaikan permintaan Fatima dengan menghadiahkan sebuah kereta Mercedes G Wagon.

Bagaimanapun, pada mulanya berlaku adegan lucu apabila Cik Na hanya memberikan kereta mainan G Wagon kepada Fatima.

Tidak lama kemudian, siapa sangka Cik Na benar-benar membelikan kenderaan mewah tersebut yang dibawa oleh sebuah lori lutsinar dan memasuki perkarangan rumah ketika sambutan hari jadi yang diadakan pada waktu malam.

@farhanazahra91

Happy birthday Nur Fatima Az zahra yang ke 5 ❤️❤️❤️ happy dia dapat G Wagon yang dia nak, sampai dia asyik mintak nak pegang kunci je hahaha

♬ original sound – Farhana Zahra – Farhana Zahra

“Tak sabar saya nak hantar Fatima pergi sekolah sebab bulan Januari hari tu dah hantar tapi hari-hari dia berlakon sakit.

“Lepas tu dia cakap belum cukup lima tahun lagi sebab belum birthday dia. Kali ni dia cakap dapat hadiah G Wagon dia nak pergi sekolah. Panjang betul akal dia ni!” kata si ibu.

Menerusi video yang dikongsi, kelihatan wajah Fatima begitu ceria setelah penutup mata dibuka dan dia melihat kereta idaman berada di depan mata.

Dalam pada itu, Cik Na yang merupakan usahawan kosmetik berasal dari Tumpat, Kelantan, ini berharap agar hadiah kereta mewah ini menjadi asbab supaya anaknya lebih rajin untuk ke sekolah.

Tambahnya lagi, dia turut berharap cita-cita anaknya untuk menjadi doktor tercapai satu hari nanti.

Hasil carian di internet, kenderaan jenama Mercedes kelas G tersebut dijual pada harga bermula RM1.7 juta sebuah.

Sumber

Baca : Isteri tunai hajat suami masak gulai seperti masakan mak, tak sangka pula ini yang jadi

Leave a Comment