Seram Dan Comel Dua Pocong Kecil Berjoget Tarik Perhatian Ramai

#image_title

“Seram Dan Comel” – Dua Pocong Kecil Berjoget Tarik Perhatian Ramai

Cosplay (pertunjukan kostum) adalah suatu jenis persembahan seni di mana peserta mengenakan kostum dan aksesori yang bersesuaian agar menyerupai watak sesebuah cerita rekaan atau idea tertentu.

Malah, ada yang sanggup berhabis duit dan memberikan pakaian yang terbaik supaya menang pertandingan tersebut.

Sama seperti sebuah video yang tular di laman sosial baru-baru ini, apabila dua orang kanak-kanak dilihat memakai kostum pocong sambil berjoget telah menarik perhatian ramai.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @nrfarahin97, kelihatan dia menujukkan rakaman gelagat dua orang kanak-kanak yang berada di atas pentas.

Apa yang menjadi tumpuan ramai adalah apabila mereka berdua itu mengenakan kostum bertemakan pocong. Malah, si cilik itu juga sempat berjoget dengan kostum pocong itu.

Situasi itu membuatkan ramai terhibur dan memuji kecomelan mereka. Malah, ada yang berkata kalau betul pocong secomel ini, mereka pasti tak akan lari daripadanya.

Sumber

Baca : Si Kucing Oren Ini Makan ‘Sesuatu’ Telah Mencuri Tumpuan Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *