Seram! Pukul 2 Pagi Dengar Suara Wanita ‘Menyanyi’ Di Mikrofon Tapi Tuan Empunya Suara Tak Ada
Baru-baru ini tular satu video misteri dimana sekumpulan lelaki yang sedang melepak-lepak pada awal pagi tiba-tiba terdengar suara aneh telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @fendihamzah di TikTok, dilihat gelagat beberapa orang lelaki kehairanan melihat sebuah mikrofon yang ‘bernyanyi’ sendiri.
Malah, suara itu merupakan suara seorang wanita yang menyanyikan lagu A Thousand Years oleh Christina Perri.
Pada ketika itu, mereka semua sedang melepak pada jam 2 pagi di sebuah villa bagi mengisi masa lapang bersama.
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah banyak tontonan di TikTok, rata-rata netizen turut seram dengan situasi itu.
Malah, ada juga yang sangka mungkin ada jiran-jiran yang connect bluetooth tanpa sengaja.
Baca : Remaja Ini Niat Nak Healing Depan Tasik Tapi Lain Yang Jadi. Nasib Baik Ade Hero Kat Situ