TerasMalaysia

Seriau! Pemuda Ini Panjat Bangunan Setinggi 400 Kaki Tanpa Guna Sebarang Alat Keselamatan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Seriau! Pemuda Ini Panjat Bangunan Setinggi 400 Kaki Tanpa Guna Sebarang Alat Keselamatan

Baru-baru ini, tular seorang lelaki melakukan aksi berani mati memanjat bangunan pencakar langit setinggi 400 kaki tanpa memakai sebarang alat keselamatan.

Alexis Landot, 22, berjaya memanjat Tour Franklin di Paris, Perancis dengan hanya memakai seluar jeans pendek, kemeja-T dan berkaki ayam dalam tempoh 35 minit.

Landot berkaki ayam ketika memanjat bangunan tersebut

Lelaki tersebut mempunyai pengalaman sebagai pendaki sepenuh masa selama tiga tahun dan berkongsi pencapaian luar biasanya itu ke media sosial.

“Sebelum mendaki, saya berasa sangat cemas. Sukar untuk saya benar-benar mula mendaki.

“Tetapi apabila berada pada ketinggian 164 kaki, saya berasa lebih baik.

“Semua tumpuan ketika memanjat adalah pada struktur itu. Saya tidak boleh membiarkan diri saya gagal dan perlu berjuang,” katanya.

Aksi Landot ketika memanjat Tour Franklin baru baru ini

Landot mula melakukan aktiviti mendaki di gimnasium ketika berusia tujuh tahun dan setakat ini, dia sudah pun memanjat sebanyak 15 bangunan pencakar langit.

Atlet itu berkata, meskipun sukan tersebut mencabar dan berisiko, ia tidak menjadikannya sebagai penghalang.

“Saya seorang yang suka mengambil risiko, dan saya tahu risiko yang saya ambil dalam hidup saya.

“Itulah sebabnya saya sangat menyukai sukan ini, kerana saya boleh menjangkakan risiko dan mengawalnya,” katanya.

Sumber

Baca : Murid Ini Takut Sangat Sampai Tertinggal Kasutnya Dalam Rumah Hantu Buat Cikgunya Keras Perut Gelak

Leave a Comment