Seronok jana RM15k sebulan, gadis sanggup gadai maruah sebar gambar bogel dalam ‘darkside’

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Seronok jana RM15k sebulan, gadis sanggup gadai maruah sebar gambar bogel dalam ‘darkside’

Ramai anak muda sanggup membuka akaun ‘dark side’ atau platform pelacuran moden yang menawarkan perkhidmatan ‘melacur’ secara dalam talian semata-mata untuk hidup mewah.

Gadis dikenali Lisa bercerita mengenai kisah silamnya sepanjang bergelumang dalam dunia pelacuran atas talian ‘darkside’ ini dalam satu sesi temu bual menerusi program ‘Realiti’ episod tiga ‘Persundalan Online’.

Lisa berkata, dirinya mula terjebak dalam dunia tersebut selepas mendengar mengenai kebaikan berlipat kali ganda daripada rakan sepejabat dengannya memandangkan dia pada ketika itu sedang mengalami masalah kewangan.

Anak kelahiran Johor dan kini menetap di Kuala Lumpur selepas tamat pengajian menjelaskan ‘dark side’ merupakan sebuah akaun yang dibuat secara senyap tanpa diketahui oleh orang ramai.

Namun, ia mampu menjana pendapatan lumayan apabila berkongsi gambar-gambar seksi dan bogel tanpa menunjukkan wajah sebenar kita.

“Kenapa dia berkait dengan saya, sebab masa itu saya masih muda dan baru habis belajar. Fresh grad kerja duit tak cukup. Rasa nak beli kereta dan rumah semua. Mula-mula saya tak tahu. Yang mendorong saya, saya terdengar dari rakan pejabat.

“Mereka tengah sembang sesama mereka. Jadi saya ambil keputusan nak dengar juga. Lagipun saya tengah kekurangan duit. Dark side boleh dapat duit. Saya buat akaun. Mula-mula saya tak tahu dekat satu media sosial ini boleh jana pendapatan.

“Saya tengok apa mereka buat dan kongsikan. Nama pun dark side jadi mereka kongsi gambar yang tak sepatutnya. Tempat lain tak boleh kongsi situ sahaja. Semua orang kongsi foto tanpa muka. Senang cerita gambar seksi dan bogel,”ujarnya.

Bagaimanapun, wanita berusia 29 tahun mengakui dirinya agak takut untuk melakukan kerja sedemikian namun tetap berhati-hati juga sehingga timbulnya perasaan seronok setelah meraih ribuan ringgit menerusi satu foto.

Malag, dia juga sanggup meneruskan kegiatan tersebut kerana mahu berkongsi kemewagan bersama rakan-rakan termasuk ahli keluarga.

“Mula-mula takut sebab takut kantoi. Bila setiap hari dapat duit, rasa mewah. Saya gembira dan kongsi kemewahan bersama rakan-rakan dan keluarga. Masa itu keluarga ada tanya dari mana saya dapat duit? Saya kata duit tersebut hasil daripada simpanan selama ini,”katanya.

Namun, segalanya berubah apabila kegiatannya selama dua tahun musnah apabila dia berkongsi muka sebenar dan gambar tidak senonoh diminta oleh seorang pelanggan.

Lisa berkata, pelanggan berkata berjanji tidak akan menyebarkan fotonya namun entah bagaimana keesokan harinya rakan-rakan sepejabat memberikan pandangan aneh sehinggalah sampai ke pengetahuan abangnya.

“Saya pergi pejabat dan semua pandang atas bawah dan mereka tidak seperti selalu. Bila saya nak sembang dengan mereka, mereka tidak mahu sembang. Sampai suatu hari, abang saya WhatsApp dan hantar tangkap layar foto yang saya berikan kepada pelanggan VIP tersebut.

“Abang saya tanya ‘itu kamu?’ Benda itu dah sampai dekat abang dan saya terdiam. Ayah dan ibu dah mula telefon. Foto tersebut memang jelas nampak muka saya. Sampai orang kampung tahu. Tersebar habis. Keluarga tak boleh menerima saya. Mereka kata sebab duit saya menjatuhkan maruah sebagai seorang perempuan,”luahnya.

Disebabkan itu, Lisa menasihati orang ramai di luar sana terutama golongan muda agar menjadikan kisahnya sebagai pengajaran dan tidak terjebak dalam kancah yang menjatuhkan maruah diri serta keluarga.

Baca : “Korang gunalah cermin surau” –  Mak nyah buat perangai, suruh wanita betul tudung tempat lain

Leave a Comment