TerasMalaysia

Sesi latihan askar dengan ular ini buat orang kecut perut, selamba dia lepaskan berkeliaran

Sesi latihan askar dengan ular ini buat orang kecut perut, selamba dia lepaskan berkeliaran

Bergelar seorang tentera bukanlah sesuatu pekerjaan yang mudah. Mereka perlu sentiasa bersiap sedia setiap masa sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.

Hal ini kerana ia sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menabur bakti kepada masyarakat walau apa jua keadaan.

Baru-baru ini tular, sebuah video di Twitter memaparkan sesi latihan anggota askar dengan ular telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan ketika itu beberapa anggota askar sedang melakukan latihan mereka.

Namun, perakam yang juga difahamkan pelatih mereka mengeluarkan dua ekor ular untuk menguji keberanian masing-masing. Dua ekor ular itu dilepaskan berkeliaran di celah-celah kaki mereka.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka masing-masing.

Sumber

Baca : Ingatkan mak-mak jalan makan angin dekat KL, rupanya budak baru berusia 14 tahun

Leave a Comment