TerasMalaysia

Setelah Lebih 10 Tahun, Akhirnya Orang Yang Menolong Arwah Achik Spin Semasa Kemalangan Tampil ‘Tunjuk Muka’

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Setelah Lebih 10 Tahun, Akhirnya Orang Yang Menolong Arwah Achik Spin Semasa Kemalangan Tampil ‘Tunjuk Muka’

Tular satu video di mana kakak kepada arwah Achik Spin iaitu Nurul Azwa meluahkan rasa ingin tahu siapakah keluarkan arwah dari kereta sewaktu kemalangan. Dalam video tersebut, Azwa memberitahu Achik telah meninggal dunia di tempat kejadian namun sempat dikeluarkan oleh orang awam dari kereta sebelum ia meletup.

“Ya, arwah sempat dikeluarkan dari kereta semasa ia meletup. Mayat yang kami terima dalam keadaan sempurna, tiada cacat cela. Tiada nampak kesan terbakar malah tiada kesan luka-luka parah. Alhamdulilah”- kata Azwa untuk menjawab pertanyaan peminat.

Walaubagaimanapun, Azwa telah meluahkan rasa ingin tahu, siapakah insan-insan yang membantu mengeluarkan arwah sebelum kereta hangus terbakar.

“Cuma, saya nak tahu, siapa sebenarnya yang selamatkan dia daripada terbakar. Maknanya ada orang yang selamatkan dia sebelum kereta itu terbakar”- tambahnya lagi.

“Suami saya orang yang keluarkan arwah dari kereta”- pengguna TikTok

Tidak mengambil masa yang lama, seorang pengguna TikTok ini mengaku bahawa suaminya membantu arwah.

“Suami saya orang yang keluarkan arwah dari kereta. Masa tu, arwah masih hdup cuma dia tak sedar. Suami cakap bangun-bangun dan pangku dia. Ada orang lain juga masuk tolong”- tulisnya di ruangan komen.

Dalam pada itu, pengguna TikTok yang lain ada yang mengaku menjadi salah seorang yang membantu arwah dan terselamat dari keretanya.

“Orang lain yang puan maksudkan tu saya bersama abang saya dan kawan-kawna yang lain. Masa tu saya di antara orang yang bersama arwah. Sebelum terbakar kami dah pindahkan arwah dari kereta”- tulis pengguna TikTok dengan akaun @enfarisikhwan.

Dalam posting yang berbeza, Azwa memuatnaik video dengan mengucapkan terima kasih semua yang membantu arwah sewaktu kemalangan.

“Dah lama saya nak tahu sangat. Siapa sebenarnya yang keluarkan arwah sebelum kereta terbakar. Alhamdulilah, terima kasih kepada yang membantu. Saya mewakili daripada family saya, terima kasih banyak-banyak”- Azwa.

Untuk info, pada 17 April 2010, Achik telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya. Kereta yang dinaiki oleh Achik bersama rakannya, Salihin Md. Noor, iaitu Toyota Estima XR40 (MPV) juga telah berlanggar dengan papan tanda jalan di KM 14.7 Lebuhraya Kajang–Seremban (Lekas).

Kemalangan itu dipercayai berlaku sewaktu Achik dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seremban setelah selesai menjalani satu program hiburan yang menjemput beliau sebagai artis jemputan, iaitu Rancangan Gah 1 di RTM, Angkasapuri, bersama dengan rakan duetnya Siti Nordiana.

Sumber

Baca : Tak Payah Google Lepas Ni, Kerajaan Akan Lancarkan Satu Aplikasi Untuk Premis Yang Ada Menu Rahmah

Leave a Comment