TerasMalaysia

Setiap langkah diperhati, tular bisnes jual gambar bogel menggunakan AI, wanita harus berhati-hati

Setiap langkah diperhati, tular bisnes jual gambar bogel menggunakan AI, wanita harus berhati-hati. Kebolehan teknologi AI menghasilkan gambar atau mencipta animasi sememangnya dipuji ramai. Namun, ada segelintir individu yang didapati menggunakan teknologi AI bagi tujuan negatif yang memcemarkan imej orang lain.

Menerusi perkongsian @magmalaya di akaun Twitternya, beliau mendakwa terdapat pihak yang menggunakan gambar mana-mana wanita yang diperoleh di media sosial untuk tujuan tidak bermoral.

“Hati-hati para wanita, sudah ada pihak yang menggunakan gambar anda yang berbaju lalu mereka membuat kerja kerja dengan teknologi AI untuk menggantikan badan anda dengan gambar bogel.

Setiap langkah diperhati tular bisnes jual gambar bogel menggunakan AI wanita harus berhati hati

Hasilnya amatlah mengejutkan”, ciapannya di Twitter.

Susulan itu, beliau kemudiannya meminta kaum wanita menggurangkan perkongsian gambar peribadi di media sosial. Pendedahannya itu telah memperlihatkan pelbagai reaksi daripada warganet.

Paling mengejutkan apabila salah seorang pengguna lain yang membuat ciapan balas memaklumkan pengubahsuaian imej tersebut untuk tujuan perniagaan.

Bukan itu sahaja, ada sebahagian individu yang rakus sanggup menggunakan imej wanita lain untuk mengaut keuntungan dengan menggubah suai muka mangsa kepada badan dan pakaian yang lebih menggiurkan.

Malah, ia turut diakui oleh pengguna lain yang menyatakan AI memudahkan untuk memanipulasi gambar. Jadi, sudah terdapat keperluan untuk menetapkan garis panduan penggunaan AI agar tidak merbahaya atau mencemarkan imej orang awam.

BACA:

Tak sangka 5 taktik ini digunakan scammer di Malaysia, nombor 5 tu ramai yang hilang duit sampai puluh ribu ringgit

Mengaku masih bujang, lelaki ‘kantoi’ gambar isteri lepas ajak bekas kekasih berkahwin

”Adik aku tersedar di tengah malam dan dia bagitau yang dia ternampak satu sosok tubuh tepi peti ais”

Leave a Comment