Shopee Diburu KPDNHEP Kerana Mencuri Duit Pelanggan Lebih RM6000

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Shopee Diburu KPDNHEP Kerana Mencuri Duit Pelanggan Lebih RM6000

Setiap kali memesan barangan secara dalam talian, pastinya harapan orang ramai adalah memastikan barangan diterima dengan keadaan yang baik dan pantas serta bebas daripada isu melibatkan penipuan.

Baru-baru ini muncul satu perkongsian seorang pengguna Reddit di dalam satu thread, mendakwa ShopeeMY cuba mencuri wangnya dan tidak mahu bertanggungjawab ke atas bungkusan yang dihantar. Oleh itu, beliau mendapatkan bantuan pihak KPDNHEP dalam menyelesaikan isu bayaran balik daripada Shopee.

Kisahnya bermula pada 29 November lalu, beliau membuat pesanan sebuah laptop yang berharga lebih RM6,000 menerusi Shopee. Semua berjalan lancar pada permulaan ini termasuklah dengan menyemak status penjual dan juga pesanan produk yang telah dibuat oleh pelanggan pada senarai barangan itu.

Difahamkan pesanan laptop tersebut sedia dikendalikan oleh ShopeeXpress untuk penghantaran. Sehari selepas itu, difahamkan penjual sudah menghantar bungkusan di Sunway Pyramid. Dengan anggaran tarikh penghantaran yang ditetapkan pada 4 Disember.

Tiba pada tarikh yang ditetapkan, tiada sebarang kemas kini status bungkusan daripada pihak Shopee. Beliau berhubung dengan khidmat pelanggan Shopee dan mendapatkan ‘Extend Shopee Guarantee’ kerana mahu jaminan refund jika tidak menerima barang dalam tempoh tambahan yang ditetapkan.

Pada hari berikutnya, Shopee menghantar kemas kini nombor tracking generik yang menyatakan bungkusan sedang diproses oleh rakan kongsi logistik. Perkara ini berlarutan sehingga 8 Disember di mana hari terakhir untuk jaminan refund.

Pada 11 Disember, beliau sekali lagi menghubungi khidmat pelanggan Shopee kerana tiada pergerakan tentang bungkusan tersebut. Berdasarkan kenyataan khidmat pelanggan, beliau boleh memohon refund bagi barangan tersebut.

Menjelang 12 Disember, beliau terima mesej status penghantaran yang mengatakan bungkusan sedang dihantar ke destinasi yang ditetapkan. Beliau bagaimanapun bertegas untuk menerima refund kerana sudah terlalu lama diabaikan.

Khidmat pelanggan Shopee memaklumkan bahawa semakan bayaran balik hanya dibuat di dalam tiga ke lima hari berkerja dan perlu menunggu dalam tempoh yang lebih lama. Sebaik tiba 19 Disember, beliau menghubungi pihak Shopee untuk mendapatkan maklum balas tetapi masih menerima jawapan yang sama.

Beliau pun menghantar e-mel kepada KPDNHEP untuk membuat laporan berkenaan isu tersebut. Beliau melaporkan perkara tersebut secara terperinci bersama screenshoot berhubung polisi refund

yang mana masih gagal didapatkan meskipun sudah menghampiri sebulan lamanya.

Pada 23 Disember, Shopee berjanji untuk memaklumkan kemas kini status permohonan refund tetapi tetap tiada respon daripada pihak Shopee. Malah, beliau sempat merakam sesi perbualan bersama khidmat pelanggan yang dikatakan sengaja memutuskan panggilan sebaik tamat waktu beroperasi.

Empat hari selepas itu, pihak KPDNHEP menghantar e-mel berhubung aduan tersebut. Dan pihak KPDNHEP meminta beliau menyertakan sebarang interaksi berkaitan masalah tersebut. Beliau pun memberikan ringkasan perkara yang dihadapi serta menegaskan pihak Shopee telah melanggar kesemua janji dan polisi yang dinyatakan.

Setelah hampir sebulan menanti, beliau akhirnya menerima maklum balas yang mengatakan permohonan refund telah diterima menerusi e-mel. Dalam pada itu, beliau turut menerima mesej daripada tiga individu berbeza dari syarikat Shopee yang memohon maaf ke atas kesulitan yang dihadapi.

Beliau sangat berpuas dengan tindakan pantas serta campur tangan oleh pihak KPDNHEP dalam menyelesaikan masalah refund yang dihadapinya. Di sini, dapat dilihat Shopee seperti sengaja melengah-lengahkan bayaran refund meskipun sudah dihubungi berulang-kali oleh pelanggan terbabit.

Sekiranya anda menghadapi masalah sebegini, anda memang digalakkan untuk membuat laporan dan berhubung dengan badan kerajaan yang berkaitan. Hal ini kerana anda sebagai pengguna mempunyai hak untuk mendapatkan keadilan sekiranya berlaku pelanggaran polisi dan seumpamanya.

Bekas Pelajar Cemerlang Hidup Derita Selepas Dipaksa Berkahwin

Sumber

Leave a Comment