Si Anak Ini Membebel Pada Ayahnya Sebab Balik Lewat Maghrib Mencuit Hati Ramai

Si Anak Membebel Pada Ayahnya Sebab Balik Lewat Maghrib Mencuit Hati Ramai

Mendidik anak antara cabaran besar buat ibu bapa kerana tidaklah semudah yang disangka. Pelbagai dugaan dan cabaran harus ditempuhi dalam memastikan anak-anak menjadi insan berguna di dunia dan akhirat.

Baru-baru ini, tular sebuah video apabila seorang kanak-kanak dilihat sedang memarahi ayahnya kerana balik rumah pada waktu Maghrib telah mencuit hati ramai.

@ierashac

Replying to @opiee02 Kita dulu kalau balik time2 macam ni, sebelum masuk rumah, dapat habuan dulu. 🤣 #IDarwish #parents #asianparenting #parenting #fyp

♬ Funny – Gold-Tiger

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @ierashac, kelihatan dia menunjukkan situasi ketika suaminya dimarahi oleh anak mereka.

Gara-gara pulang dari berbasikal pada waktu Maghrib, si cilik itu memarahi ayahnya. Malah, dia siap pegang hanger kononnya ingin tunjuk garang kepada ayahnya.

Si cilik itu turut memberi pesanan kepada bapanya dan berkata “Next time no cycling. Already night. You see it’s already night”.

Rata-rata netizen turut terhibur dengan telatah si cilik itu yang petah berkata-kata semasa memarahi ayahnya.

Sumber

Baca :Ā “Seram Dan Comel” – Dua Pocong Kecil Berjoget Tarik Perhatian Ramai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *