
#image_title
Si Kucing Oren Ini Makan ‘Sesuatu’ Telah Mencuri Tumpuan Netizen
Nakal dan tak reti duduk diam. Itulah dua perangai yang boleh digambarkan mengenai kucing yang berwarna oren ataupun kebanyakan daripada kita panggil ‘Oyen’. Tambahan pula, ada sesetengah pencinta kucing yang pening kepala menjaga si bulus berwarna oren ini. Yela sebab terlalu nakal!
Banyak video telatah kucing berwarna oren ini yang telah dikongsikan di media sosial dan rata-rata aksi mereka sudah tentu membuatkan kita tidak kering gusi dan terhibur apabila melihatnya.
Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini apabila gelagat Oyen membawa lari seekor ular untuk dijadikan makanannya telah mencuri tumpuan ramai.
Menerusi perkongsian video daripada @adib8055, kelihatan Oyen sedang membawa lari seekor ular ke belakang sebuah rumah.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila ia kelihatan selamba menggigit kepala ular tersebut sehingga ia mati.
Namun, apa yang melucukan adalah apabila si perakam mahu menyebut Whiskas tetapi tersalah cakap fish cash dan fish cat sehingga membuatkan ramai terhibur mendengarnya.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat Oyen dan mendengar si perakam tersasul.
Baca : Aksi Dua Warga Asing Ini Buat Ramai Tertanya-Tanya Macam Mana Ianya Terjadi