Siap bawa anak dan sijil kahwin, lelaki tebal muka selepas di serang isteri sendiri di pejabat
Kisah kecurangan seorang suami yang sedang asyik memadu kasih bersama wanita lain di tempat kerja akhirnya terbongkar apabila dia ‘ditangkap’ oleh isterinya sendiri.
Lelaki tersebut yang bekerja sebagai buruh binaan rumah dilihat sedang berdua-duaan dengan seorang wanita dalam keadaan mesra.
Secara tiba-tiba seorang wanita dipercayai isterinya datang bersama anaknya. Wanita itu kelihatan terkejut melihat suaminya sedang berdua-duaan dengan perempuan lain.
Dia kemudiannya mengamuk dan cuba untuk membelasah kekasih gelap suaminya itu.
Tidak cukup dengan itu, si isteri mengeluarkan sijil nikah mereka dan menunjukkannya kepada wanita berkenaan sebelum dihalau oleh wanita tersebut.

Dia kemudiannya cuba ditenangkan oleh suaminya yang menarik tangannya untuk keluar dari situ agar tidak terus menimbulkan kekecohan.