Siapa Yang Tak Kenal Keluangman, Ini Salasilah Yang Betul Tentangnya
Keluang Man merupakan sebuah siri animasi televisyen Malaysia terbitan UAS Animation Studios yang bersiaran dari 1998 hingga 2005. Ia diilhamkan oleh Kamn Ismail dengan telah pun membincangan ia secara perbincangan di meja bulat bersama pasukan pengasasnya pada Jun 1997 kerana menginginkan kehadiran “Adiwira Kebangsaan” pada ketika itu.
Reka bentuk watak tersebut kemudiannya dibangunkan oleh Raja Zaharuddin Shah Raja Chik, bekas animator Usop Sontorian. Konsep asal animasi ini dicipta oleh Kamn dan pasukannya.
PLOT
Seorang pemuda bernama Borhan yang tinggal di Hospital Bahagia Tampoi sebenarnya adalah seorang pembela manusia sejagat iaitu Keluang Man. Pembantunya, Tiong Man sering membantunya menumpaskan musuh negara kerana pihak polis kawasan Tampoi yang diketuai Inspektor Sahab seringkali terlambat sampai ke tempat kejadian. Khaty Ismail, seorang wartawan akhbar Metropolitan Tampoi sering cuba menjejaki identiti mereka berdua. Kadangkala, gelagatnya seolah-olah sudah jatuh cinta dengan kelincahan mereka.
Watak-watak dalam animasi ini :
1. Borhan/Keluang Man

Di sebalik topeng Keluang Man, Borhan adalah seorang pesakit sakit jiwa dan menetap di Hospital Bahagia Tampoi. Dia merupakan seorang jaguh silat sebelum dimasukkan ke hospital gila. Borhan akhirnya menghilang diri selepas van yang dinaikinya terbabas lalu jatuh ke dalam gaung. Borhan mempunyai tunang bernama Suri namun telah diculik oleh Samsir yang juga pernah bertindak memukul Borhan di kepala. Akhirnya, Borhan terpaksa dimasukkan ke hospital itu untuk rawatan susulan.
2. Samad/Tiong Man

Samad ialah rakan karib Borhan di Hospital Bahagia Tampoi, menjelma sebagai Tiong Man pada sebelah malam, adalah kawan baik dan pembantu Keluang Man. Sebelum dimasukkan ke hospital itu, Samad merupakan seorang mekanik yang berjaya, namun kejadian letupan yang tidak disengajakan berlaku di bengkelnya, beliau telah hilang ingatan dan perlu mendapatkan rawatan.
3. Samsir Jauhari

Dia merupakan musuh ketat Borhan atau Keluang Man. Dia mengamalkan ilmu hitam untuk membalas dendam terhadap guru silatnya. Dia amat membenci Borhan kerana berjaya mengalahkan silatnya. Samsir akhirnya insaf setelah Keluang Man mematahkan kakinya dan dia ditangkap oleh polis setelah dia mencederakan guru silatnya itu. Dia jugalah yang mengakibatkan Borhan berada di Pusat Mental Tampoi.
4. Inspektor Sahab

Seorang polis yang sering menghadapi masalah dengan Keluang Man. Apabila tiba di tempat penyiasatan didapati penjenayah telah diikat oleh Keluang Man dan Tiong Man. Suaranya amat lucu. Dia membenci Keluang Man kerana sering mengganggu penyiasatannya, sehingga dia mengarahkan supaya Keluang Man ditangkap tetapi tidak berjaya.
5. Ated

Pekerja Pusat Mental Tampoi yang sering menghadapi masalah dengan Borhan, dia selalu bengang apabila Borhan keluar malam, malah sering mengunci Borhan di dalam bilik gelap namun dia berjaya melepaskan diri. Ated juga adalah pembantu Dr Ramoo.
6. Sarip & Dol
Mereka berdua merupakan pesakit mental di pusat tersebut. Seringkali membuli pesakit yang baru masuk ke pusat tersebut. Mereka berdua menyuruh pesakit baru masuk memakan sampah dan mereka juga mengatakan kucing adalah kambing. Sarip dan Dol selalu bergaduh dengan Borhan namun ditenangkan oleh Ated. Mereka begitu menghormati Ated dan juga takut kepadanya.
7. Dr. Ramoo

Seorang doktor pesakit mental di pusat itu. Borhan dan Samad memanggilnya abang janggut. Merupakan boss kepada Ated. Selalu bersabar dengan kerenah pesakitnya.
8. Khaty Ismail

Wartawan bagi akhbar Metropolitan Tumpoi, selalunya berada kat kawasan kejadian masa Keluangman menjalankan misinya. Dia tersangat nak tahu siapa insan di sebalik topeng tersebut. Dia seakan-akan menaruh perasaan kat Keluangman pun ada dalam cerita ni.
Nak tahu apa yang paling best? Mestilah lagu tema dia, dulu jadi siulan ramai.
Baca : Tular DiTiktok ‘Brother’ Ni Samakan Sains Dengan Dajjal, Netizen Masuk Sekolahkan Balik