TerasMalaysia

Siri animasi Mechamato dari Malaysia jadi pilihan ibu bapa Jepun, disukai dan senangi anak-anak berumur 4 tahun

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Siri animasi Mechamato dari Malaysia jadi pilihan ibu bapa Jepun, disukai dan senangi anak-anak berumur 4 tahun.

Pernah menjadi penerima Anime Fan Award di Tokyo Awards Festival, siri animasi Malaysia iaitu Mechamato kini menjadi pilihan ibu bapa di negara Jepun.

Melalui perkongsian @brgsjks di X, ibu bapa di negara tersebut telah menyenaraikan siri animasi terbitan Animonsta Studios itu sebagai salah satu siri animasi yang sesuai dan selamat ditonton bagi anak-anak mereka.

Dalam perkongsiannya, dia menunjukkan tangkap layar yang mana ibu bapa dari Jepun berkongsi anak-anak mereka sangat menyukai siri animasi berkenaan.

Sepasang ibu bapa turut menambah walaupun negara Jepun mempunyai banyak siri animasi yang menarik, tapi baginya siri animasi bagi kanak-kanak yang dihasilkan di luar negara lebih baik.

Menurut mereka, anaknya yang berumur empat tahun lebih suka menonton siri animasi Mechamato (Malaysia), Paw Patrol (Canada) dan Ninjago (UK).

Siri animasi Mechamato dari Malaysia jadi pilihan ibu bapa Jepun, disukai dan senangi anak-anak berumur 4 tahun

Dalam perkongsian yang sama, rata-rata warganet mendakwa kebanyakan animasi keluaran Jepun mempunyai unsur negatif atau lucah dan tidak sesuai ditonton kanak-kanak.

Studio di Jepun keluarkan siri animasi yang tidak sesuai?

Lebih menarik, siri ini bukan sahaja ditonton kanak-kanak namun golongan dewasa juga teruja dengan Mechamoto musim kedua termasuklah ibu bapa sendiri.

Sebagai rakyat Malaysia, kejayaan Mechamoto ini sangat membanggakan apatah lagi mendapat sambutan hangat di negara yang terkenal dengan animasi bertaraf dunia seperti Naruto.

Mechamoto musim kedua boleh ditonton menerusi platform Netflix dan difahamkan, penerbit siri itu telah mengesahkan bahawa animasi tersebut memang mempunyai permintaan tinggi di negara matahari terbit berkenaan.

BACA:
Lelaki terkejut tengok tapak kaki ‘budak’ atas debu ketika proses pengubahsuaian rumah, dakwa duit sering hilang
Kubur bomoh paling berkuasa yang hidup 3,000 tahun dahulu ditemukan oleh Arkeologi
Lelaki buat perangai jelek, solat depan kamera sambil tayang duit banyak berkepuk-kepuk

Leave a Comment