Siti Nurhaliza buat live tanpa makeup dah macam budak tingkatan 4 muka dia

Siti Nurhaliza buat ‘live’ tanpa makeup, dah macam budak tingkatan 4 muka dia

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini. Bukan sahaja bakatnya sebagai anak seni dikagumi ramai malah keperibadiannya yang sentiasa bijak dalam menjaga diri menjadikan Siti Nurhaliza antara selebriti yang cukup disayangi ramai.

Bukan sahaja penampilannya yang sopan dan cantik malah TokTi juga merupakan artis yang kurang terpalit dengan kontroversi dek kerana sikap murninya. Jadi tidak hairan lah dia mempunyai peminat fanatiknya yang tersendiri.

Umum sedia tahu usia Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti ini sudah pun mencecah 44 tahun. Namun wajahnya masih kekal muda remaja. Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana penampilan wajah pelatun lagu Biarlah Rahsia itu menjadi perhatian ramai apabila tampil tanpa calitan solekan ketika membuat ‘live’ di media sosial.

Manakan tidak, wajah tanpa sebarang solekan penyanyi nombor satu negara ini dikatakan seakan budak sekolah. Memang cantik semulajadi betul!

Dalam rakaman yang diambil ketika sesi live tersebut, kedengaran Tok Ti mengakui itu adalah dirinya sambil membaca komen dari netizen mengenai penampilannya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen kagum menyaksikan penyanyi ini tidak mengenakan sebarang solekan. Malah ada juga yang akui tidak kenal melihat Siti Nurhaliza begini.

Sumber

Baca : Kena tipu hidup-hidup, rakyat china beli rumah di Johor sampai sekarang tak ada khabar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *