TerasMalaysia

Siti Nurhaliza Sampaikan Laporan Cuaca

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Ramai yang terkejut apabila Dato’ Seri Siti Nurhaliza tampil dikaca TV bukan menyanyi tetapi Penyanyi No1 Malaysia itu menyampai laporan cuaca.

21 Disember 2022 : Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah menjadi tetamu jemputan khas bagi Jabatan Mateorologi Malaysia (METMalaysia) untuk menyampaikan laporan cuaca di RTM.

Siti Nurhaliza Sampaikan Laporan Cuaca
Sumber MetMalaysia Youtube

Di dalam penampilan istimewa tersebut Dato’ Seri Siti Nurhaliza melaporkan keadaan cuaca terkini yang sedang melanda Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Bukan sekali malah dua kali selebriti terkenal Malaysia ini menyampaikan laporan cuaca iaitu pada 5 petang di Berita Wilayah dan 8 malam di Berita Perdana.

Rakaman selebriti No1 Malaysia menyampaikan laporan cuaci ini boleh di tonton di YouTube Rasmi METMalaysia dimana kini angka “view” youtube tersebut telah melonjak ke lebih 37000 tontonan.

Boleh lihat video penuh dibawah ini.

Siti Nurhaliza Sampaikan Laporan Cuaca

Sumber : Instagram Siti Nurhaliza

Dari Instagram rasmi Dato’ Seri Siti Nurhaliza ada menyampaikan rasa terima kasih kepada METMalaysia kerana memberi peluang menyampaikan laporan tersebut dan beliau mengharapkan ini dapat memberikan galakan kepada Rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti perkembangan cuaca terkini dan bertindak sebaiknya apabila risiko cuaca tidak baik diramalkan datang.

Siti Nurhaliza Sampaikan Laporan Cuaca
IG CTDK

Ramai yang memuji Dato’ Seri Nurhaliza kelihatan begitu “Natural” apabila menyampai laporan cuaca tersebut.

Siti Nurhaliza Sampaikan Laporan Cuaca

Tragedi Tanah Runtuh : Mayat Mangsa Ke-26 Ditemui Berpelukan Dengan Anjing

Leave a Comment