TerasMalaysia

‘Smartphone’ Android Boleh Sembunyikan Aplikasi? Ini Caranya

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

‘Smartphone’ Android Boleh Sembunyikan Aplikasi? Ini Caranya

Smartphone Android telah dilengkapi dengan ciri yang boleh menyembunyikan sesebuah aplikasi.

Cuma cara menyembunyikan aplikasi didalam peranti Android adalah sedikit berbeza. Ia bergantung kepada model peranti.

Sebagai contoh untuk smartphone Samsung, tetapan untuk menyembunyikan aplikasi boleh diakses terus melalui app drawer.

Kemudian tap pada ikon titik 3 di ruang search dan pilih setting.

Seterusnya tap pada pilihan Hide apps. Kemudian boleh la memilih aplikasi yang disembunyikan.

Cara sembunyikan aplikasi untuk smartphone Asus ROG juga adalah lebih kurang sama dengan cara smartphone Samsung.

Berikut adalah cara menyembunyikan aplikasi untuk smartphone Android Asus ROG.

Buka apps drawer, tap pada ikon titik 3 di ruang Search for an app dan tap pada pilihan Preferences

.

Seterusnya tap sahaja pada pilihan Hide apps.

Untuk model smartphone Android yang lain pula seperti Oppo dan Xiaomi, ciri sembunyikan aplikasi boleh diakses di bahagian Security atau Privasi.

Atau anda boleh sahaja buat carian Hidden app di bahagaian settings di smartphone Android untuk memudahkan anda mengakses tetapan sembunyikan aplikasi smartphone Android anda.

Selamat Mencuba.

Tindakan Biadab Israel Ceroboh Masjid Al-Aqsa Mengundang Kecaman Malaysia

Leave a Comment