Solekan adik ini bertaraf MUA Profesional, padahal baru berumur 7 tahun

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Solekan adik ini bertaraf MUA Profesional, padahal baru berumur 7 tahun

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, itu lah perumpamaan yang sangat sepadan diberikan kepada adik Qessya Ramadhania Mohd Shahezan, 7 tahun yang mempunyai kemahiran bersolek persis orang dewasa.

Bakat jurusolek cilik ini mendapat perhatian setelah video yang dikongsikan oleh ibunya, Nurfarah Ardila Othman, 28 tular menerusi akaun TikTok.

@_mamaqessya

PART 2…. pengantin lama dah ready uolls.. mua by Qessya Ramadhania.. #fyp

#fypmalaysia #viral #mua

♬ bunyi asal – 💕MamaQessya_💕 – MamaQessya🍭🍭

Kata ibunya yang bekerja sebagai seorang jurusolek, Qessya terjebak dalam bidang ini sejak usianya 4 tahun, dan menjelaskan bahawa puteri sulungnya itu memang gemar berdandan.

“Dia dah mula menunjukkan suka kepada barang-barang makeup seperti lipstick, sampai lah umurnya 6 tahun, dia memang suka berdandan.”

Melihat ketekunan anaknya itu, Farah menggunakan peluang ini untuk mengajar cara solekan yang betul dan ternyata ia membuahkan hasil.

“Saya ambil peluang untuk mengajar skill teknik makeup yang betul. Selama beberapa bulan saya mengajar dia untuk makeup ini, makin lama makin baik dan Qessya sudah boleh menguasai jenis-jenis barang yang dipakai.”

Jelas Farah lagi, dengan bakat yang ada pada anaknya itu, Qessya sudah pernah ada klien yang ingin mendapatkan khidmatnya. Malah, Qessya juga kini begitu aktif untuk membuat sesi live di TikTok.

Bahkan kata Farah sebelum ini, adik dan kakaknya selalu dijadikan ‘mangsa’ untuk adik Qessya ini membuat testimoni.

“Ramai ingat orang yang dia solek itu adalah klien, tapi bukan. Semua itu adalah mak saudara dia iaitu kakak dan adik saya. Malah, bapa dia pun pernah disolek. Saya tak berani lagi nak bagi dia mekap klien. Biarlah dia melalui proses pembelajaran sebab banyak lagi yang boleh diperbaiki.

“Kalau setakat nak mekap adik-beradik dan dalam kalangan keluarga okay saja. Itu pun setiap sesi dia akan ambil masa. Biasalah budak dia ada ‘mood’ sendiri. Kalau dia rasa penat, dia akan rehat dan sambung semula. Saya pun tak ajar dia untuk buat dalam keadaan cepat. Saya nak dia faham betul-betul.”

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen begitu kagum melihat kemahiran adik Qessya ini, kerana ada orang dewasa mengatakan bahawa mereka sendiri masih belum pandai kuasai kemahiran bersolek seperi mana MUA cilik ini.

Sumber

Baca : Gadis kena ‘rasuk’ sampai buka tudung selepas main bunga api

Leave a Comment