Sotong Gergasi Sepanjang 2.5 Meter Berjaya Dirakam Oleh Penyelam Skuba Buat Ramai Terpegun

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Sotong Gergasi Sepanjang 2.5 Meter Berjaya Dirakam Oleh Penyelam Skuba Buat Ramai Terpegun

Baru-baru ini, sepasang suami isteri penyelam skuba baru-baru ini berjaya merakam detik-detik jarang berlaku seekor sotong gergasi sepanjang 2.5 meter berenang-renang diperairan pantai barat Jepun.

Yosuke Tanaka dan isterinya Miki, merupakan pengendali aktiviti skuba di Toyooka, wilayah Hyogo berkata, mereka dimaklumkan mengenai kehadiran haiwan berkenaan oleh seorang penjual peralatan memancing di kawasan berdekatan.

Tidak menunggu lama, mereka kemudian bergegas menuju ke lokasi tersebut menggunakan bot milik mereka dan menemui sotong berkenaan sedang berenang-renang di kawasan laut berbatu berdekatan pantai.

Bagaimanapun, mereka mendapati sotong berkenaan berada dalam keadaan lemah dan tidak menunjukkan reaksi agresif seperti haiwan laut lain apabila didekati manusia. Malah, kulit sotong tersebut juga dilihat menggelupas.

Yosuke berkata, dia terkejut melihat saiz sesungut dan mata sotong itu yang begitu besar. Dia juga dapat membayangkan bagaimana sotong berkenaan menggunakan sesungut itu ketika berdepan dengan ikan paus, iaitu pemangsa utamanya.

Sotong gergasi merupaka hidupan biasa yang ada di perairan Jepun, namun untuk melihat sendiri haiwan itu dihabitatnya adalah sesuatu yang jarang berlaku.

Menurut Yosuke, dia akan mengingati pengalaman tersebut buat selamanya kerana ada kemungkinan ia tidak akan berlaku lagi selepas ini.

Sumber

Baca : Kanak-Kanak Genius! Masuk Mensa Sebelum Berusia 4 Tahun Raih Perhatian Ramai

Leave a Comment