SPRM beku akaun Aman Palestin, RM70 juta dana awam diseleweng pihak tak bertanggungjawab

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

SPRM beku akaun Aman Palestin, RM70 juta dana awam diseleweng pihak tak bertanggungjawab.

Rakyat Malaysia sentiasa menunjukkan keprihatinan dan bersedia memberi bantuan dalam pelbagai cara, terutamanya melalui sumbangan wang kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang bertanggungjawab. Namun, belakangan ini, timbul isu penyelewengan dana derma kepada Palestin yang dilakukan oleh sebuah NGO terkenal di Malaysia.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini mengumumkan pembekuan sebanyak 41 akaun bank syarikat Aman Palestin Berhad dan beberapa entiti syarikat lain yang berjumlah RM15.868 juta. Tindakan tersebut diambil selepas didakwa bahawa dana sumbangan orang ramai telah disalahgunakan.

Dalam kenyataan SPRM, tindakan itu diambil selepas siasatan terhadap NGO berkenaan yang telah dimulakan pada 17 Oktober lalu. SPRM melakukan penggeledahan di premis Aman Palestin dan memperoleh dokumen-dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.

SPRM beku akaun Aman Palestin, RM70 juta dana awam diseleweng pihak tak bertanggungjawab

“Siasatan berkenaan dijalankan bagi mendapatkan keterangan berhubung kesalahan mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574),” ujar kenyataan tersebut.

SPRM juga merekod keterangan beberapa saksi penting, dan hasil siasatan awal mengenal pasti beberapa isu penyelewengan dana yang melibatkan anggaran sejumlah RM70 juta. Dana tersebut disalurkan untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan objektif penubuhan syarikat berkenaan. Kejadian ini pastinya mengejutkan banyak pihak, terutamanya mereka yang telah menyumbang kepada NGO tersebut.

BACA:
Pernah hidup susah suatu ketika dahulu, pasangan suami isteri buka restoran sambil kumpul saham akhirat
Pelik ajakan untuk bersama ditolak, terkejut dapat tahu isteri rupanya puas dengan hubungan sejenis
Cara mudah nak segarkan kembali lepas makan petai, barulah nafas dan tandas tak berbau

Leave a Comment