TerasMalaysia

Starbucks Malaysia secara rasmi buka cawangan bahasa isyarat di Borneo, lebih banyak benefit dan ‘mesra’ rakyat

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Starbucks Malaysia secara rasmi buka cawangan bahasa isyarat di Borneo, lebih banyak benefit dan ‘mesra’ rakyat

Cawangan Starbucks Bahasa Isyarat Pertama Sarawak, Kini Beroperasi Sepenuhnya Di Vivacity. Seperti yang diketahui umum, Starbucks menjadi jenama berpengaruh dan popular di Malaysia, bahkan kini sudah pun membuka 300 cawangan di negara ini.

Bagaimanapun, Starbucks Malaysia telah membuka Starbucks ‘Signing Store’ atau lebih mesra dipanggil bahasa isyarat yang pertama di pusat beli-belah Vivacity, Kuching.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah telah merasmikan secara rasmi Starbucks Signing Store tersebut, pada hari ini di Vivacity.

Menurut Dato Sri Fatimah, Starbucks Malaysia dan Persatuan Orang Pekak Sarawak (SSD) bekerjasama untuk menyediakan perkhidmatan tafsiran Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) profesional.

Bukan itu sahaja, ia turut menganjurkan aktiviti bagi golongan pekak seperti berkongsi idea dan peluang pekerjaan agar mereka boleh berdikari dan mempunyai pendapatan sendiri.

“Saya juga berharap perniagaan lain di Malaysia megikuti jejak Starbucks dalam melibatkan diri dengan komuniti yang berbeza ini untuk mewujudkan tenaga kerja yang lebih inklusif,” katanya lagi bagi menggalakkan orang ramai melaksanakan inisiatif tersebut.

Dalam pada itu, Dato Sri Fatimah turut memuji usaha Starbucks Malaysia untuk mewujudkan suasana yang membantu golongan Pekak dan Kurang Pendengaran di negara ini.

Beliau membuat kenyataan itu hari ini semasa majlis perasmian kedai mesra bahasa isyarat, atau ‘Signing Store’ Starbucks di pusat beli-belah Vivacity di Kuching.

“Sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Starbucks Malaysia dan Persatuan Orang Pekak Sarawak (SSD) kerana telah melancarkan Starbucks Signing Store di Kuching,” katanya mengakhiri ucapannya.

Setakat ini, Starbucks Malaysia telah mengambil seramai 20 kakitangan masalah pendengaran untuk ketiga-tiga cawangan bahasa isyarat dan lapan daripadanya adalah di cawangan Vivacity Megamall.

Untuk makluman, Starbucks ‘Signing Store’ ini merupakan cawangan yang pertama di Borneo, yang ketiga di Malaysia dan yang ke-20 di dunia.

Baca : Asal usul songkok yang ramai tak tahu, nama sebenarnya pun diambil dan diolah jadi singkat

Leave a Comment