
Suami Aku Tersangat Alim, Tapi Aku Terkejut Jumpa Rambut Palsu Perempuan Dalam Almari
Pernikahan dan membina rumahtangga bersama yang dicintai tentu sangat membahagiakan. Tetap perlu diingat ia mungkin tak selamanya indah kerana perjalanan rumahtangga itu sendiri sentiasa ada rintangan. Pasti ada masa yang sukar bersama pasangan.
Terdapat sebuah kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita dimana beliau mencerita kisah disebalik perkahwinannya yang disangkakan indah. Beliau membongkarkan bahawa bekas suaminya yang mempunyai naluri ‘homoseksual’.
Beliau mendirikan rumahtangga bersama bekas suaminya seawal usia masih mentah iaitu semasa umur 20 tahun. Mereka berkenalan sewaktu dibangku sekolah dengan berstatus abang dan adik angkat. Rata-rata ramai yang membantah perhubungan mereka. Tetapi beliau tidak mengendahkan.
Semasa beliau menuntut di sebuah univesiti, si abang angkat membuat keputusan untuk melamarnya mendirikan rumahtangga bersama. Walaupun ibu bapanya membantah tetapi beliau tetap meneruskan perkahwinan tersebut. Beliau menyatakan disinilah bermulanya titik hitam hidupnya.
Pada mulanya, mereka tinggal bersama-sama dengan keluarga sang suami. Semua indah kerana ibu dan bapa mertuanya melayan beliau seperti anak sendiri. Hingga suatu hari mereka berpindah keluar dari rumah keluarga nya kerana sedikit isu.
Mereka akhirnya hidup berdikari sendiri. Disinilah beliau dapat tau tentang sisi gelap bekas suaminya. Beliau menyatakan bekas suaminya adalah seorang yang sangat alim, tidak tinggal solat, tidak tinggal puasa dan puasa sunat, tidak tinggal solat sunat seperti Dhuha dan lain-lain. Namun tiba-tiba bekas suaminya berubah menjadi muram. Pada awalnya beliau menyangka si suami mungkin merindui keluarganya. Sang suami tidak lagi mesra seperti dahulu. Disebabkan itu, beliau selalu menyalahkan diri sendiri kerana tidak dapat memberikan zuriat.
Kisahnya terbongkar sedikit demi sedikit apabila beliau mendapati bekas suaminya melayari laman web songsang. Beliau juga telah berusaha untuk mengumpul bukti tentang naluri songsang bekas suamiya tetapi gagal. Perkahwinan mereka akhirnya menemui titik noktah. Beliau akhirnya diceraikan semasa masih di alam universiti.
Tidak berakhir disitu sahaja malah bekas suami menyalahkan nya kerana mensia-siakan zaman mudanya dengan perkahwinan mereka. Beliau dihalau oleh suaminya sehelai sepinggang dan tanpa diberi duit nafkah. Mujurlah ada insan mulia membantunya ketika itu.
Selepas penceraian tersebut, banyak perkara-perkara yang beliau ketahui daripada bekas mertuanya mengenai naluri ‘homoseksual’ bekas suaminya. Rupa-rupanya ahli keluarga nya telah menjumpai pakaian wanita dan rambut palsu di dalam almarinya.

Namun kisahnya tidak ternoktah begitu sahaja, bekas suaminya menghinanya sebagai seorang pengemis hanya kerana beliau mengambil barang-barang yang merupakan haknya di dalam rumah sewa mereka. Bekas suaminya juga menyebarkan pelbagai fitnah mengenainya sehingga beliau terpaksa menghadiri sesi kaunseling untuk memulihkan semangat diri.
Akhirnya beliau berjaya mendapatkan segulung ijazah dan melanjutkan pelajaran di peringkat seterusnya dan mempunyai pekerjaan yang baik. Beliau juga telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang cahaya mata.
Beliau juga menyatakan bahawa aturan Allah itu adalah sebaik-baiknya. Apa yang dilaluinya adalah dugaan dari Allah untuk diberikan nikmat. Jodoh, rezeki, anak, ajal dan maut semua ditangan-Nya.
Selain itu, setiap pasangan yang berkahwin juga perlu fahami bahawa perkahwinan boleh berlaku penghujung. Dalam erti kata lain, mahligai yang dibina adakalanya diakhiri dengan percerian. Kegagalan rumah tangga atau bercerai tidak selalunya negatif. Seringkali kegagalan itu membawa kebaikan dan manfaat kepada pasangan. Cumanya sebagai hamba, kita gagal mengetahui apa yang terbaik untuk diri sendiri.
Bekas Pelajar Cemerlang Hidup Derita Selepas Dipaksa Berkahwin