TerasMalaysia

Suami Buat Sesuatu Yang Buatkan NoorKhiriah Kagum, ‘Semoga Allah Saja Yang Balas’

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Suami Buat Sesuatu Yang Buatkan NoorKhiriah Kagum, ‘Semoga Allah Saja Yang Balas’

Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie,43, memuat naik satu video memaparkan suaminya iaitu Azfaizul Ahtan sedang mengutip sampah selepas perlawanan bola sepak di Stadium Nasional Bukit Jalil menerima pujian netizen di media sosial.

Noorkhiriah memuat naik video itu selepas hadir memberi sokongan kepada pasukan negara dalam perlawanan merebut Piala Mitsubishi Elektric AAF 2022 antara Malaysia dengan Singapura pada selasa lalu.

Dalam video tersebut, suaminya dilihat mengutip sampah bersama-sama dengan penyokong lain selepas perlawanan itu tamat.

“Sampai kat stadium pun buat kerja. Habis game terus kutip sampah.

“Itupun dia kabo (bagitahu) plastik tak cukup. Semoga Allah membalas kebaikan awak Pa,” tulis Noorkhiriah.

Sikap bertanggungjawab kepada kebersihan suami pelakon Noorkhiriah patut diberi pujian.

Pada perlawanan tersebut, Malaysia mara ke pusingan separuh akhir selepas membenam Singapura 4-1 pada perlawanan penentuan kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad Harimau Malaya memintas Singapura untuk naib juara kumpulan dengan mengumpul keseluruhan sembilan mata di belakang Vietnam.

Sumber

’Melawak Sambil Ceramah’, UAI Ajar Wanita Macam Mana Nak ‘Wefie’

Leave a Comment