TerasMalaysia

Suami Jadi ‘Kerusi’ Untuk Mudahkan Si Isteri Solat.

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Suami Jadi ‘Kerusi’ Untuk Mudahkan Si Isteri Solat.

Cinta hingga ke Jannah itu lah yang sesuai digambarkan kepada sepasang suami isteri yang diperlihatkan di kota suci Mekah ,di mana si suami sanggup menjadi ‘kerusi’ kepada si isteri bagi memudahkan isterinya yang mungkin sedang mengalami sakit kaki bersolat.

Fetrah Bt Abu Samah yang berkongsi pengalamannya ketika menunaikan umrah sebelum ini mendedahkan dia pernah melihat situasi indah antara suami dan isteri yang sangat menyentuh hati di Kota Mekah.

Ketika berada di hadapan Maqam Ibrahim, Fetrah melihat sepasang suami isteri sedang berada di hadapan Kaabah, dan si isteri sedang menunaikan solat.

Apa yang menjadikannya sebagai satu momen yang luar biasa apabila si suami sanggup berkorban, menjadikan dirinya sebagai kerusi untuk isterinya yang sukar untuk solat secara berdiri.

Si isteri berkemungkinan mengalami sakit kaki yang menyebabkan dirinya tidak dapat bersolat seperti biasa. Mungkin, ketika itu tiada kerusi roda hingga membuatkan si suami mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sendiri sebagai tempat duduk si isteri untuk beribadah.

Berdasarkan tulisan Fetrah di Facebook, si isteri mungkin cuba untuk melaksanakan tawaf sebanyak tujuh kali sedaya upayanya, tanpa menggunakan kerusi roda.

“Atas kegigihan sang isteri melaksanakan tawaf 7 pusingan tanpa bantuan kerusi roda, akhirnya sang suami menghadiahkan belakangnya sebagai kerusi untuk isteri bersolat.”

Justeru, pengguna Facebook tersebut merasakan suasana tersebut amat indah dan mengharukan serta mendoakan agar pasangan tersebut kekal bahagia sehingga ke Syurga.

“Sungguh indah dan mengharukan pemandangan. Moga pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah. Juga amalan ikhlas semua jemaah (termasuk saya) diterima Allah SWT.”

Ada Pemimpin Lain Sanggup Share Sejadah Macam Ni ?

Leave a Comment