Suami Kantoi Langgan Pelacur, Isteri ‘Hempuk’ Sampai Tertanggal Pakaian
Baru-baru ini, kecoh sebuah insiden dimana seorang isteri nekad membelasah seorang pelacur yang dilanggan suaminya.
Difahamkan, wanita itu tiba dia sebuag rumah urut di Phuket, Thailand.
Ketika kejadian itu, suaminya telah beredar dari pusat urut, namun pekerja seks itu kelihatan sedang duduk di kerusi.
Si isteri dipercayai mengekori suaminya selepas menemui foto suaminya bersama pelacur itu di dalam telefon suaminya.
Wanita berkenaan bukan sahaja menarik tuala yang dipakai pelacur itu sehingga bogel, malah menamparnya berulang kali.

Pergaduhan antara wanita tersebut dengan pekerja seks itu berlangsung selama 5 minit.
Insidend itu turut menyaksikan pekerja seks tersebut berulang kali memohon maaf kepada wanita berkenaan.
Pihak polis menerusi satu kenyataan mendakwa tidak menerima apa-apa laporan daripada kedua-dua belah pihak. Namun, mereka menggesa mangsa tampil membuat laporan untuk siasatan lanjut.
Baca : Suspek Curi Motor Terpinga-Pinga Lepas Kena Kejut Dengan Polis, Dah Confirm-Confirm Ke Balai