Suami kantoi main kayu tiga, lafaz talak depan anak-anak sebelum ‘check-in’ dengan penyondol

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Suami kantoi main kayu tiga, lafaz talak depan anak-anak sebelum ‘check-in’ dengan penyondol. Hati seorang isteri mana tidak luluh dan remuk apabila mendapat tahu suami tercinta berlaku curang di belakangnya setelah bertahun lamanya susah senang bersama dalam institusi rumah tangga.

Terima kasih musnahkan rumah tangga saya..

Begitulah yang dirasai oleh seorang wanita menerusi hantaran tular dikongsinya di aplikasi TikTok apabila suaminya lebih memilih untuk pergi bersama wanita lain selepas menjatuhkan talak di hadapan anak-anak.

Menerusi hantaran tular, wanita dikenali Mell berterima kasih kepada individu bernama Nur Marissa kerana sudah memusnahkan rumah tangganya selain meninggalkan ucapan khas buat suaminya.

Suami kantoi main kayu tiga, lafaz talak depan anak-anak sebelum 'check-in' dengan penyondol

“Terima kasih sudah musnahkan rumah tangga saya, dan untuk awak suami, terima kasih atas semuanya.

“Dan, untuk betina itu terima kasih atas penipuan korang berdua buat dengan saya. Terima kasih atas semuanya,”tulisnya berserta tanda pagar penyondol.

Sewa hotel bersama skandal pada malam Jumaat lepas lafaz talak
Dedah Mell, suaminya dan wanita berkenaan bertindak untuk menyewa sebuah hotel pada malam Jumaat selepas menjatuhkan talak di hadapan anak-anak.

Bukan itu sahaja, bahkan dia dan anak-anak juga dihalau keluar dari rumah yang menjadi saksi susah senang bersama dalam melayari bahtera alam perkahwinan.

“Nur Marissa, awaklah punca anak-anak saya kehilangan ayah. Awak dah rampas kebahagiaan saya dan anak-anak saya. Disebabkan awak, (suami) lafazkan talak di hadapan anak-anak.

@amans_kitchen NUR MARISSA TERIMA KASIH ATAS PENDERITAAN YANG AWAK BUAY TERHADAP SAYA DAN ANAK² SAYA TERIMA KASIH SUDAH MUSNAH KAN RUMAHTANGGA SAYA 😔 #fypシ゚viral #fypage #penyondollakiorang #penyondollakiorang #hancurrumahtanggaku #perosakrumahtanggaorang ♬ suara asli – Faa🥀 – faaa🥀

“Hancur perasaan anak-anak saya menjadi saksi atas apa yang berlaku dan sebab awak saya dan anak-anak keluar dari rumah yang sama-sama kami hadapi susah senang.

“Di mana hati naluri kau sebagai wanita, sedang saya melutut memohon menjauhi dia (suami). Tapi, malam Jumaat kau dan dia sewa hotel dan di hari Jumaat juga dia lafazkan talak,”luahnya.

Skandal suruh suami ‘off’ semua tak bagi isteri kesan

Hantaran berikutnya, Mell turut mendedahkan wanita terbabit meminta suaminya untuk mematikan data, pengesan lokasi termasuklah meletakkan telefon bimbit dalam mod pesawat bagi mengelakkan hubungan mereka kantoi.

Walau bagaimanapun, temberang mereka akhirnya pecah juga lebih-lebih lagi si isteri mempunyai bukti perbuatan terkutuk tersebut termasuk menginap di hotel bersama.

@amans_kitchen bukan ini yg sya minta..tpi ini yg kmu dua ingin kan ☺️ #fypage #fypシ゚viral #penyondollakiorang #pencurangvspelakor ♬ Esok masih ada – Amsyarleee

BACA:
Isteri terkilan suami lari bawa perempuan lain bersama, jual kereta dan bawa lari duit simpanan miliknya
Dikenali dengan nama ‘Raja Motor’, rakan seperjuangan datang beri penghormatan terakhir sambil rem sekuat hati
Mana yang pernah pergi haji dan umrah mesti perasan tak ada pesawat lintas atau lalu, ini puncanya

Leave a Comment