TerasMalaysia

Suami kerut dahi minum kopi buatan isteri, terkejut dapat tahu ada campuran peluntur pakaian dalamnya

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Suami kerut dahi minum kopi buatan isteri, terkejut dapat tahu ada campuran peluntur pakaian dalamnya

Seorang isteri tergamak meracuni suaminya dengan hidangan kopi bercampur peluntur pakaian selama sebulan demi untuk mendapatkan wang faedah kematian.

Perbuatan kejinya terbongkar menerusi beberapa kamera tersembunyi yang dipasang di seluruh rumahnya.

Tindakan itu dilakukan Roby Johnson selepas mendapati air kopi yang dihidangkan isterinya, Melody Johnson berasa pelik.

Susulan daripada itu, anggota tentara udara Amerika Syarikat ini melakukan ujian dengan mencelupkan kertas ujian pH air ke dalam kopi.

Dia kemudiannya terkejut selepas mendapati kandungan klorin di dalam kopi yang dihidangkan isterinya itu, adalah tinggi.

Pun begitu, sepanjang tempoh sebulan berada di Jerman atas urusan kerjanya, dia berpura-pura ‘menikmati’ kopi tersebut.

Sejurus selepas pulang semula ke Amerika Syarikat, Roby membuat laporan polis bersama bukti yang disimpannya.

Melody akhirnya ditahan dan didakwa di mahkamah atas cubaan membunuh suaminya dengan memberi racun.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan akan dibicarakan semula pada 6 September ini.

Baca : Google tawar RM500,000 kepada usahawan muda yang ingin memulakan perniagaan, ini syaratnya

Leave a Comment