Suami nekad tikam bekas kekasih, sempat lihat isteri tanpa seurat benang atas katil selama 10 minit

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Suami nekad tikam bekas kekasih, sempat lihat isteri tanpa seurat benang atas katil selama 10 minit. Seorang lelaki Thailand menikam kekasih isterinya selepas mencekup pasangan itu berada dalam keadaan berbogel di atas katil, sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Polis bergegas ke lokasi untuk menyelamatkan mangsa, Boonkorn Saetiao, 25, yang mengalami luka tikaman di sebuah rumah di wilayah Rayong, timur Thailand.

Boonkorn ditemui bersembunyi di dalam rumah engan luka serius di hidung, siku kiri dan dada. Dia kini sedang menerima rawatan di Hospital Rayong.

Isteri kerap hubungi bekas teman lelaki

Suami nekad tikam bekas kekasih, sempat lihat isteri tanpa seurat benang atas katil selama 10 minit

Semasa polis tiba di tempat kejadian, suspek Wachirawit Wanitchakorn, 29, bersama isterinya, Pimpha Hongklai, 20, yang berdiri di luar rumah dan mengaku telah menikam mangsa.

“Isteri saya tidur dengan dia (mangsa). Tiada apa yang tinggal dalam hidup saya. Saya suka dia dan sanggup melakukan apa sahaja untuknya. Tetapi dia masih mengkhianati saya,” katanya.

Wachirawit kemudian ditahan dan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat. Suspek menjelaskan, bahawa dia dan Pimpha telah berkahwin dan membesarkan anak Pimpha bersama-sama. Malangnya, Pimpha tidak dapat menahan dirinya untuk menghubungi bekas teman lelaki, iaitu Boonkorn, bapa kepada kanak-kanak itu.

Wachirawit menggesa Pimpha memutuskan hubungan dengan Boonkorn. Tetapi gesaan itu tidak diendahkan. Hal itu menyebabkan Wachirawit mengalami kemurungan dan pernah cuba membunuh diri.

Panggilan tak dijawab dalam tempoh 2 jam

Sebelum insiden berdarah itu, Wachirawit dimasukkan ke Hospital Soi Dao di Chantaburi untuk merawat kemurungannya itu. Dia meminta Pimpha tinggal bersamanya di hospital. Tetapi wanita itu menolak kerana mahu pulang ke rumah keluarganya di Rayong. Wachirawit mengesyaki Pimpha mengambil kesempatan itu untuk bersatu semula dengan kekasihnya.

Selepas Pimpha pergi, Wachirawit cuba menghubungi isterinya dalam tempoh dua jam. Tetapi panggilannya tidak dijawab. Oleh itu, Wachirawit mengambil keputusan untuk melarikan diri dari hospital untuk mencari isterinya di Rayong.

Tiba di lokasi, dia masuk ke bilik dan mendapati Pimpha sedang baring berbogel bersama bekas teman lelakinya di atas katil. Dia sempat memerhatikan pasangan itu selama 10 minit sehingga dia tidak dapat mengawal kemarahan lalu menikam Boonkorn dengan pisau pemotong kotak.

Wachirawit berkata, dia tidak mahu menyasarkan Pimpha kerana dia mencintai wanita itu, selain kasihan dengan anak Pimpha yang memerlukan ibunya. Dia menegaskan bahawa dia sanggup dihukum atas perbuatannya.

Polis masih belum mengeluarkan pertuduhan terhadap Wachirawit, namun suspek kini berdepan dengan hukuman penjara dua tahun, denda 40,000 baht (RM5,341) atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 295 Undang-Undang Jenayah : menyebabkan kecederaan pada orang lain.

BACA:
Wanita ditinggal suami gara-gara tidak bersetuju bagi anak dekat kakak ipar yang mandul
Gara-gara tidak persefahaman, wanita bagi 22 pil tidur kepada ibu sebelum cekik sampai mati
Pemuda jumpa botol yang berisi gambar dan beras dekat bongkah batu, ramai buat spekulasi tentangnya

Leave a Comment