TerasMalaysia

Suami Pelik Dengan Perangai Isteri. 7 Tahun Dihantar ‘Sihir’. Lihat Apa Yang Terjadi…

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Suami Pelik Dengan Perangai Isteri. 7 Tahun Dihantar ‘Sihir’. Lihat Apa Yang Terjadi…

Walaupun kita hidup di zaman serba moden serta berteknologi canggih, masih ada juga insan yang sanggup menggunakan ilmu hitam bagi memuaskan hati. Bagi mereka perkara tersebut boleh melepaskan dendam kesumat yang bersarang dihati. Hasad dengki adalah salah satu faktor utama mereka melakukan perkara syirik tersebut.

Terdapat pelbagai jenis ilmu hitam dan salah satu nya ialah sihir pemisah. Ia merupakan sihir yang seringkali dilakukan untuk memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu selalunya berkaitan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya.

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang wanita bernama Puan Syira Jamal berkongsi cerita detik hitam dirinya disihir apabila perasaan benci terhadap suami membuak secara tiba-tiba.

Apa yang lebih pelik, selama ini hubungannya dan suami semua baik-baik sahaja dan tiada sebarang masalah. Wanita ini mengakui ketika itu, dia langsung tidak tahu bahawa dirinya sudah terkena sihir.

Bagaimanapun, keadaan menjadi lebih teruk apabila kesihatannya mula terjejas akibat serangan ilmu hitam tersebut sejak awal perkahwinan mereka.

Menurut Syira, setelah puas berubat dengan doktor, namun penyakitnya masih tidak sembuh. Berikutan itu, dia cuba menjalani rawatan secara tradisional sebagai ikhtiar untuk mengetahui punca sebenar penyakitnya. Sejak itu, Syira mengetahui bahawa dirinya terkena sihir pemisah angkara buatan orang.

Ujarnya, meskipun sudah dirawat namun dia masih merasakan ‘benda’ tersebut masih ada lagi kerana ada lagi gangguan. Ustaz yang merawatnya memberitahu dia disihir menggunakan gambar.

Lebih mengejutkan, individu yang menyihirnya membawa gambarnya berjumpa bomoh dan mengerat jarinya sehingga darah jatuh ke gambarnya.

Tambahnya lagi, selepas keadaan kesihatannya semakin sembuh, dia membuat keputusan untuk memakai purdah. Perkara ini secara tidak langsung untuk melindungi gambarnya daripada digunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Syukur suami masih sayang dan setia

Syira mengakui berasa amat bersalah kerana tanpa sedar telah membenci suaminya sendiri tetapi dia tetap bersyukur kerana dikurniakan seorang pasangan yang sabar dan setia.

Setelah 7 tahun perkahwinan mereka, ibu kepada 2 orang anak itu tetap bahagia memiliki suami yang sentiasa ada di sampingnya saat menjalani ujian tersebut.

Di samping itu dalam perkongsian lain, Syira turut berkongsi tanda-tanda yang dialaminya sewaktu disihir antaranya adalah mimpi benda aneh, tidak sihat tanpa sebab serta takut mendengar ayat al-Quran.

Diakhir perkongsian itu, Puan Syira turut menitipkan nasihat kepada pasangan melalui perkara yang sama supaya tidak berputus asa serta memohon kepada Allah agar diberi jalan.

Rata-rata netizen mendoakan agar wanita itu dan suaminya sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Malah, ramai juga yang berkongsi pengalaman sama seperti dialami Syira.

Suami Naik Berang Tengok Isteri Kantoi Buat Sesuatu Dekat Kedai Makan Dengan Skandal – Kalau Ikut Hati Dah Nak Hentak

Leave a Comment