Suami tempah “callgirl” ke bilik hotel, ini yang terjadi lepas yang datang tu isterinya sendiri

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Suami tempah “callgirl” ke bilik hotel, ini yang terjadi lepas yang datang tu isterinya sendiri

Insiden yang berlaku baru-baru ini menimbulkan rasa terkejut dan tidak percaya oleh ramai netizen. Seorang lelaki bernama Zhang, berasal dari Kota Xi’an di Wilayah Shaanxi, China, tidak menyangka pekerja seks yang dilanggan, rupa-rupanya adalah isterinya.

Difahamkan, lelaki tersebut baru kembali dari tempat kerjanya di bandar lain. Disebabkan sudah lewat malam, dia bermalam di hotel berhampiran stesen kereta api sebelum melihat risalah khidmat seks diselitkan di bawah pintu biliknya.

Dia menghubungi nombor tertera pada kertas itu dan pekerja seks itu tiba tidak lama kemudian. Lelaki itu bergegas membuka pintu bilik sebelum segera kembali ke katilnya dan menunggu untuk ‘dilayan’.

Wanita itu kemudian masuk ke dalam bilik dan menanggalkan kot dan pelitup muka, namun apabila melihat lelaki itu, dia cuba melarikan diri.

Lelaki itu menghalang wanita berkenaan. Namun apabila pekerja seks itu menoleh, lelaki itu menyedari wanita itu sebenarnya isterinya.

Lelaki itu tahu isterinya sedang mencari pendapatan sampingan pada waktu malam. Bagaimanapun, dia tidak mengetahui secara spesifik mengenai jenis kerja yang dilakukan isterinya itu.

Selepas mengetahui pekerja seks itu adalah isterinya, lelaki terbabit dilaporkan menghempas wanita terbabit ke lantai sebelum menendang dan menumbuk mangsa.

Jeritan dan panggilan bantuan wanita itu mencemaskan penduduk dan kakitangan hotel yang kemudian menghubungi polis. Kedua-dua pihak kemudian dibawa ke balai polis.

Lelaki itu menghabiskan lapan hari di penjara dan didenda 400 yuan (kira-kira RM255). Sementara itu, wanita terbabit ditahan di penjara selama tiga hari dan didenda 200 yuan (kira-kira RM127).

Pasangan itu adalah ‘pasangan jarak jauh’ dan mereka hanya bertemu semasa Tahun Baru Cina dan cuti musim panas setiap tahun.

Sumber

Baca : Wanita ini potong zakar teman lelakinya kerana takut video lucah tersebar, siap ‘pancing’ ajak pergi hotel

Leave a Comment