Suami terkejut dengar dengkuran lelaki lain dalam rumah lepas pulang kerja, tak sangka ini yang berlaku lepas terjah

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Suami terkejut dengar dengkuran lelaki lain dalam rumah lepas pulang kerja, tak sangka ini yang berlaku lepas terjah

Bunyi dengkuran lelaki di rumahnya, membuatkan seorang suami di Wilayah Guangdong, China mula berprasangka buruk terhadap isterinya.

Dia ketika itu baru pulang dari luar negara atas urusan perniagaan berkata isterinya tidak membuka pintu apabila dia tiba di rumah sekitar jam 9 malam walaupun telah mengetuk pintu beberapa kali.

Dengkuran itu membuatkan dia menyangka isterinya telah curang padanya.

Dia kemudiannya menerpa masuk ke dalam bilik tidur mereka dengan perasaan bercampur baur.

Namun begitu, dia terkejut apabila mendapati isterinya tidur bersendirian di atas katil, manakala bunyi dengkuran itu adalah daripada telefon bimbit wanita tersebut.

Bunyi itu sebenarnya dengkurannya sendiri yang dirakam dan didengari si isteri setiap kali dia tidak berada di rumah untuk membantu menenangkan ketakutannya ketika tidur.

Setelah menyedari dengkuran itu adalah rakaman, dia mula berasa menyesal dengan tindakannya itu. Dalam pada masa yang sama dia sangat terharu dengan tindakan isterinya.

Baca : Lelaki terkejut tengok kesan tapak kaki dan objek pelik lepas terjaga dari tidur dalam bilik hotel yang ditempah

Leave a Comment