TerasMalaysia

Suami terkejut jumpa video intim isteri dengan lelaki lain, jumpa senyap-senyap masa bercuti dengan keluarga

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Suami terkejut jumpa video intim isteri dengan lelaki lain, jumpa senyap-senyap masa bercuti dengan keluarga. Mulianya hati seorang suami apabila tetap menerima isterinya semula meskipun mendapat tahu isterinya yang berkerjaya itu curang sehinggakan melakukan hubungan sulit dengan seorang lelaki di belakangnya.

Punyai beberapa video intim

Memetik laporan Harian Metro, lelaki berusia 40-an tersebut mendedahkan bahawa isterinya dilihat sangat kerap bergayut di telefon dan sanggup berada lama dalam kereta walaupun selepas pulang dari tempat kerja.

Melihat perubahan mendadak ditunjukkan isterinya itu, lelaki tersebut terus mengambil keputusan untuk merujuk kepada peguam syarie bagi mendapatkan bantuan.

Dia pergi mana-mana, dia suka ambil gambar padahal sebelum itu perlakuannya tidak sebegitu.

Sikapnya juga berubah mendadak, menjadi panas baran, tidak peduli anak-anak selain kerap keluar rumah kononnya ada urusan kerja sehingga mengundang syak wasangka saya.

Selepas kesnya dirujuk ke mahkamah, segala bukti mengenai kecurangan isterinya mula terbongkar malah apa yang lebih memilukan ialah dia pernah berjumpa dengan lelaki itu ketika berkelah bersama keluarganya di sebuah tempat peranginan.

Boleh pula kami menyewa chalet bersebelahan, dia bersama anak dan isterinya manakala saya bersama isteri dan anak-anak.

Masa itu saya tidak syak apa-apa namun selepas hubungan mereka terbongkar, baru saya tahu mungkin mereka sudah merancang untuk berjumpa hingga lelaki itu sanggup datang dari jauh. Saya juga dapat tahu isteri menipu kononnya ada kursus di luar, tetapi sebenarnya bercuti bersama lelaki itu.

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut turut mendedahkan bahawa dia pernah melihat beberapa video memaparkan isterinya yang melakukan hubungan intim dengan lelaki tersebut.

Sepanjang hidup, saya jarang menangis, tetapi apabila melihat video intim isteri dengan lelaki lain, saya tidak mampu menahan air mata daripada menitik.

Isteri sudah berubah

Suami terkejut jumpa video intim isteri dengan lelaki lain, jumpa senyap-senyap masa bercuti dengan keluarga

Dalam pada itu, lelaki tersebut mendedahkan bahawa isterinya yang sudah sedar akan kesilapannya itu diugut oleh rakan pejabatnya itu untuk membuat pinjaman bank sekiranya tidak mahu video intim mereka tersebar.

Saya juga terkejut apabila isteri diugut untuk membuat pinjaman peribadi sebanyak RM20,000 untuk lelaki itu jika tidak mahu rakaman video intim tersebar.

Saya sudah mendapatkan nasihat perundangan untuk menyelesaikan masalah ini dan sehingga kini, saya masih berhubung dengan peguam untuk mendapatkan nasihat dan kata-kata semangat. Kalau ikutkan hati memang marah, macam-macam boleh jadi, tetapi apabila memikirkan anak-anak yang masih kecil, saya bersabar dan berdoa diberi kekuatan berdepan ujian ini.

Tambah lelaki itu lagi, dia mengakui dirinya masih trauma dengan kejadian dan dugaan rumah tangganya ini meskipun isterinya sudah menunjukkan tanda-tanda insaf dan menyesal.

Saya lihat isteri juga sudah berubah dan kerap solat sunat taubat, tetapi jauh di hati, saya tetap trauma kerana bimbang dia mungkin berhubung lagi dengan rakan sepejabatnya itu.

Kalau ikutkan saya mahu bercerai namun saya fikir anak yang masih kecil, saya telan apa sahaja perlakuan isteri dan sudi memaafkan dia demi anak-anak.

Meskipun perit untuk ditelan namun lelaki tersebut tetap mahu mempertahankan perkahwinannya demi memastikan anak-anaknya tidak bersangka buruk terhadap isterinya.

BACA:
Suhu paling panas bakal melanda bumi 5 tahun berturut-turut, manusia harus berwaspada
Kehilangan 2 orang abang dalam kebarakan, Cik B cerita detik kenangan pahit yang berlaku 10 tahun lalu
Rupanya jalan cerita Lagi-Lagi Senario dibikin berdasarkan apa yang berlaku pada tahun 1997

Leave a Comment