Suami terkejut tengok gambar bapa terselit tepi katil, baru tahu kahwin adik sendiri selama 30 tahun

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Suami terkejut tengok gambar bapa terselit tepi katil, baru tahu kahwin adik sendiri selama 30 tahun. Sudah menjadi lumrah kehidupan, setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan hubungan yang berkekalan hingga ke syurga. Namun, jika memang sudah tertulis dia bukanlah jodoh kita, siapakah kita untuk menolak takdir ini.

Seperti perkongsian seorang pengguna Twitter, Ibcig yang menceritakan kembali kisah mengenai pasangan suami isteri yang terpaksa berpisah kerana mereka mempunyai pertalian darah adik-beradik yang sah.

Dah 30 tahun kahwin

Menceritakan kisah itu, pasangan ini dikatakan langsung tidak mengetahui tentang pertalian darah yang terjalin antara mereka sehingga mereka nekad untuk berkahwin. Tambahnya lagi, pasangan ini dikatakan telah mendirikan rumah tangga hampir 30 tahun dan mempunyai 3 orang cucu. Namun, hubungannya itu terpisah apabila masing-masing mengetahui status sebenar diri mereka.

Terjumpa gambar kahwin arwah

Suami terkejut tengok gambar bapa terselit tepi katil, baru tahu kahwin adik sendiri selama 30 tahun

Menurut lelaki ini, bapa kepada pasangan ini merupakan seorang pemandu lori yang sering ‘berpindah’ ke merata-rata negeri. Pekerjaannya itu membuatkan bapa pasangan ini telah berkahwin secara senyap-senyap dan pada ketika itu dia sudah pun bergelar seorang suami.

Namun, tidak lama selepas itu bapa mereka telah meninggal dunia sewaktu pasangan ini ma sih berada di sekolah rendah dan pada ketika itu mereka belum mendirikan rumah tangga. Arwah juga dikatakan tidak sempat menceritakan perkara sebenar kepada kedua-dua belah pihak.

Rahsia ini terbongkar apabila ibu si suami itu meninggal dunia. Kemudian, ibu si isteri telah pergi kenduri tahlil di rumah ‘besan’nya itu tetapi lain pula yang jadinya apabila si suami ternampak satu gambar terselit pada katil arwah ibunya.

Daripada benih bapa yang sama

Namun, apa yang lebih mengejutkan apabila si suami mendapati foto kahwin itu terdapat wajah bapa mereka. Dan pada ketika itulah, pasangan ini baru tahu tentang pertalian darah yang terjalin antara mereka.

Masing-masing terkejut apabila melihat gambar tersebut dan tidak menyangka perkara ini terjadi kepada mereka.Pasangan ini sememangnya lahir daripada benih bapa yang sama tetapi ibu yang berlainan.

BACA:
Jemaah wanita buat perangai masa ditanah suci, kongsi masalah dan buka aib suami dekat pak Arab dalam kedai
“Nak duit pun agak-agaklah” – Tular video Tiktoker tempatan basuh muka dengan air jamban dalam live
Lelaki langgar peraturan selamba bawa keropok babi dalam restoran halal sebagai tambahan perisa masa tengah makan

Leave a Comment