Suami terkejut tengok isteri teresak-esak lepas bangun pagi, rupanya..

Suami terkejut tengok isteri teresak-esak lepas bangun pagi, rupanya… Isteri baru kahwin seminggu menangis kena bangun awal, biasa bukak mata jam 11 mak dah hidang semua. Bukan mudah membiasakan diri pada hal yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Biasa kita dengar anak-anak gadis bangun lewat dan tidak menolong mak-mak di dapur pada awal pagi kerana kebanyakan mereka khususnya yang masih belajar akan bangun seawal-awalnya jam 10 atau 11 pagi.

Isteri Baru Kahwin Seminggu Menangis Kena Bangun Awal

Bangun saja, tahu-tahu mak sudah sediakan semua sarapan dan mereka hanya tahu makan saja. Alasan diberi penat belajar. Bagi yang bekerja pula, masa cuti akan digunakan untuk merehatkan badan dengan alasan penat bekerja.

Suami terkejut tengok isteri teresak esak lepas bangun pagi rupanya

Bila memasuki alam rumah tangga, pada permulaan proses pasti ramai yang terkejut dengan “circle” yang jauh berubah. Perlu bangun seawal pagi untuk sediakan sarapan suami, mengemas rumah, membasuh baju, memasak untuk tengahari dan lain lagi dan semuanya akan menjadi kebiasaan bila semakin lama berumahtangga.

Biasa Bukak Mata Jam 11 Mak Dah Hidang Semua

Namun satu perkongsian di Tik Tok @baihakidisini, dirinya berkongsi momen lucu isterinya sedang menangis kerana perlu bangun pagi dan berasa penat menguruskan keperluan rumahtangga kerana sebelum ini biasa Mamanya yang buatkan. Dirinya buka mata seawal jam 11 pagi dan semuanya sudah terurus.

“Tidak menyenangkan, perlu bangun pagi. Sebelum ini bangun jam 11 pagi. Kalau makan biasanya semua sudah terhidang di atas meja sebab Mama uruskan semua. Sekarang semuanya kena buat sendiri,” kongsi Baihaki mengenai gelagat isterinya, Chami yang dirakam sedang menangis.

@baihakidisini lucuu bangett istrikuuu 😅 #fyp #foryoupage #couple ♬ Backsound Lucu – Faid rafanda

BACA:
Wanita nekad pindah rumah lepas dijenguk ‘kawan lama’ masa hari raya
Berang suami kerap mengaku duda dan tukar nama, wanita upload gambar dalam facebook tanda amaran
Tanam uri terlalu dalam punca anak ‘speech delay’, wanita kongsi petua pelik untuk diguna pakai

Leave a Comment